`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 14, 2015

UMNO sakit tua yang kritikal

BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Undi blok Cina yang dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.
iloveBN300PETALING JAYA: “UMNO memerlukan rawatan antipenuaan yang radikal,” kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengenai keperluan pengukuhan Barisan Nasional (BN) yang harus bermula dengan UMNO dengan melakukan transformasikan untuk menjadikannya lebih kontemporari.
“Tanpa rawatan UMNO akan mati sakit tua,” katanya, sambil menambah, “Tetapi kalau menjalani rawatan ‘stem cell’ yang radikal, proses penuaan boleh disekat dan sel-sel baru akan tumbuh bagi memudakannya semula.”
Katanya, ia perlu bagi menarik sokongan generasi muda dan membebaskan diri daripada kongkongan hierarki, feudalisme dan dinasti yang menjadi imej buruk kepada UMNO selama ini.
Sehubungan itu katanya, UMNO perlu melakukan pembedahan besar bagi memotong dan mengubati anggotanya yang lumpuh, kelemayuh (gangrenous) dan berkanser.
“Atau UMNO boleh terus percaya kepada jampi mantera para bomoh, tukang tilik, ahli sihir dan tukang karut politik yang akan menceritakan apa yang para pembesar UMNO mahu dengar dan bukan apa yang mereka perlu tahu,” soalnya secara sinis dalam entri terbaru blog beliau, kadirjasin.blogspot.com.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Times itu, ramai ahli dan penyokong UMNO sekadar mengagak dan mengandai ketika memperkatakan parti itu dalam keadaan yang membimbangkan.
“Tetapi di kalangan kepemimpinan tertinggi dan ibu pejabat UMNO mereka tahu keadaan sebenar cuma mereka tidak tahu atau tidak berani memilih rawatan yang diperlukan,” ujarnya.
Menurut Kadir, UMNO berdepan masalah besar untuk berdepan PRU-14 kerana dapatan kajian menunjukkan ia kemungkinan gagal mempertahankan 88 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 2013 lalu.
“Wujud kebimbangan yang bilangan kerusi Umno akan jatuh kepada 70 malah 60 sahaja kalau keadaan sekarang berterusan,” jelas beliau.
Tambahnya, BN pada masa ini menghadapi sindrom PPP (People Progresive Party) yang teruk kerana di sebalik disertai 13 komponen, sebahagiannya tidak mampu menyumbang kepada kekuatannya.
Menurut beliau, selain PPP kewujudan MCA, Gerakan dan SUPP dalam BN tidak memberi sebarang kekuatan atau kebelihan memandangkan pengundi Cina lebih selesa dengan DAP dan PR.
“Jadi, selain UMNO dan beberapa buah parti etnik Sarawak, BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Undi blok Cina yang dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan,” jelasnya.
Beliau menambah, “Orang Cina makin selesa dengan situasi sekarang di mana mereka terus menguasai ekonomi dan mendapat manfaat daripada sesetengah dasar serta transformasi ekonomi yang (Perdana Menteri, Datuk Seri) Mohd Najib (Tun Razak) pelopori. Manakala dalam arena politik pula mereka boleh bergantung kepada DAP/PR untuk mempertahankan hak mereka.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.