`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 26, 2015

Untuk diampunkan, sediakah Anwar ngaku salah, tak pertikai keputusan?


Antara prosedur petisyen pengampunan pada Lembaga pengampunan

1. Jika pertikaikan hukuman dikenakan oleh mahkamah maka petisyen automatik Terbatal

Petisyen rayuan hendak lah mengandungi
  • Pengakuan salah atas kesalahan hukuman dikenakan
  • Insaf sedar atas kesalahan
  • Berjanji berubah
2. Pengampunan ke atas tempoh hukuman yang dikenakan bukan ke atas kesahihan penghakiman dan pengampunan untuk ringankan hukuman dan sabitan kesalahan kekal



3. Pengampunan bukan untuk membatalkan keputusan mahkamah dan sabitan adalah kekal bersalah






4. Jika petisyen pengampunan mengandungi unsur penipuan pembohongan Serta menyalahkan sistem kehakiman me pertikaikan keadilan mahkamah dan membuat tuduhan hakim tidak adil maka petisyen Terbatal dengan SENDIRI dan boleh dikenakan pertuduhan dibawah Kanun keseksaan iaitu Menghina mahkamah dan melakukan penipuan

5. Jika Seorang Ahli Parlimen atau adun kena hukuman melebihi 1 tahun maka dengan SENDIRIterlucut jawatan Ahli Parlimen setelah rayuan terakhir tamat di mahkamah dan tidak boleh bertanding di pilihanraya sebelum tempoh Lima tahun Dari tamat menjalani hukuman

6. Tetap dikenali sebagai banduan atau Bekas penjenayah jika pengampunan diberikan Kerana pengampunan untuk ringankan hukuman bukannya membatalkan keputusan mahkamah

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail
25 febuari 2015


Sila baca Fasal 5 Dalam Perkara 48  dengan Perkara 48  (1) e yang jelas jawatan Ahli Parlimen gugur tidak kira pengampunan diterima atau tidak Dari tarikh jatuh hukuman terakhir pada rayuan terakhir

PENGAMPUNAN DIBERI ATAU TIDAK TETAP JAWATAN AHLI PARLIMEN GUGUR AUTOMATIK DAN PILIHANRAYA KECIL DIADAKAN

Perkara  48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika—
(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau

(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau

(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian.
(3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara.
(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)—
(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia—

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

SILA BACA DIBAWAH JELAS PERUNTUKKAN

(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kp kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

Ahmad Shuaib Ismail
25 Febuari 2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.