`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 10, 2015

" USTAZ DITANGKAP KETIKA MENYAMPAIKAN KULIAH AGAMA DI NILAI N9, MAKSIAT TENGOK SAJA "



Semalam punya cerita, seorang Ustaz yang bernama Nasaie Hanaffi telah ditangkap ketika sedang manyampaikan kuliah tanpa tauliah di Nilai N9. Kalau cuma takdok tauliah masalahnya. Tangkap kan dah mencukupi, apa kejadahnya sampai nak masuk mahkamah dan didakwa bagai.

Apa salahnya lepas tangkap bagi kat Ustaz Nasaie ini lesen tauliah untuk mengajar. Ini Malaysia yang aku pelik, benda hiburan, pusat urut, arak, judi yang ada di Nilai tu cukup berlambak, panggil artis luar negara datang negara Malaysia buat konsert maksiat boleh pula bagi lesen, tapi bab ustaz menyampaikan kuliah-kuliah agama boleh tangkap dan didakwa, ini negara Islam atau negara kafir.

Lagipun benda yang disampaikan oleh Ustaz Nasaie ini bukannya benda tak betul, bukannya benda sesat. Masalah tauliah ja pun. Dahlah tangkap semasa program berlangsung, dakwa pula di mahkamah, kalau bersalah kena bayar denda pula selapis.

Takde tauliah punya kesalahan, tapi macam penjenayah besar. Padahal menyampaikan ilmu Islam pada orang ramai.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.