`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 19, 2015

Video Tarian Gelek Di Pasar Karat, Johor Bahru



Dengan pakaian menjolok mata, satu pertunjukan tarian gelek telah diadakan di Bazar Karat, Johor Bahru. 

Ia mengundang kecaman pelbagai pihak. Pertunjukkan oleh wanita dipercayai warga asing sambil diiringi oleh muzik Arab turut ditonton kanak-kanak.

Exco Agama Negeri Johor Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, perkara seperti tidak sepatutnya berlaku dan ia telah mencemarkan imej Bazar Karat.

"Bazar Karat merupakan tempat mencari rezeki dan ia tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang melanggar hukum syarak," kata di dalam reaksinya menerusi laman sosial Facebook.

Rata-rata peniaga di Bazar Karat berbangsa Melayu Islam dan kejadian tarian gelek itu adalah amat memalukan, katanya lagi.

Abdul Mutalib percaya ada pihak yang membawa masuk penari tarian gelek itu dan mahukan tindakan dikenakan terhadap pihak terbabit.

Beliau berkata telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Johor Bahru tetapi belum menerima respon daripadanya.

Bazar Karat amat popular dalam kalangan penduduk Johor Bharu. Ia dikunjungi ribuan pelawat dalam serta luar negara terutamanya dari Singapura selepas dianjur dan diselaras oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru, lapor Malaysia Gazette.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.