`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 13, 2015

Zunar dibebaskan, tidak gentar dengan ‘Ketua Twitter Negara’

Zunarbersama peguam Melissa Sasidaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi‎, Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan hari ini setelah ditahan reman selama tiga hari. – Gambar Facebook Faszt Alin Adan, 13 Februari, 2015.Zunarbersama peguam Melissa Sasidaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi‎, Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan hari ini setelah ditahan reman selama tiga hari. – Gambar Facebook Faszt Alin Adan, 13 Februari, 2015.
Kartunis satira politik, Zulkiflee SM Anwarul Haque dibebaskan selepas tiga hari direman polis ‎di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik institusi kehakiman ‎melalui laman sosial Twitter pada Selasa lalu.
Zulkiflee atau dikenali sebagai Zunar berkata, beliau dibebaskan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi‎ diwakili peguam Melissa Sasidaran ‎kira-kira 12.45 tengah hari tadi selepas tempoh tahanan remannya berakhir hari ini.
Katanya, setakat ini polis belum memaklumkan sama ada dirinya akan didakwa di mahkamah atas dua kes yang berbeza, iaitu melibatkan tulisan di Twitter serta rampasan buku 'Konspirasi Memenjarakan Anwar', dia mana kedua-duanya disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
"Ini Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) menghabiskan masa di Twitter, saya boleh panggil dia sekarang 'Ketua Twitter Negara'.
"Satu atau dua Twitter tak menghancurkan kredibiliti kehakiman negara, yang menghancurkan kredibiliti adalah hakim dalam kes Anwar kerana buat keputusan yang lekeh," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.