`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 16, 2015

Dengan Hanya Satu Pendedahan.. Pemimpin BN Kantoi


Dengan Hanya Satu Pendedahan.. Pemimpin BN Kantoi. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mengelak daripada pertanyaan pemberita berhubung jam tangan dipakainya seperti didedahkan badan anti-jenayah MyWatch baru-baru ini.

Zahid mempertahankan tindakannya memakai jam "mahal" dengan berkata beliau merupakan seorang ahli korporat sebelum menyertai politik.

"Sebelum saya menyertai politik, saya seorang ahli korporat. Kenapa perlu mengawasi semua itu (jam tangan yang dipakai oleh ahli politik)?" soal Zahid kepada pemberita di Serdang, Selangor hari ini.

Sebelum memulakan sidang media, beliau segera berkata, "Kena tutup ni (jam tangan)" sambil menutup jam tangannya dengan baju dan berkata: "Pasal Casio pun nak kecoh."

Sebelum ini, pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan jam tangan mewahyang dipakai ahli politik dan dimuat naik dalam laman Facebooknya.

Zahid didakwa memiliki tiga koleksi jam tangan mewah – Richard Mille Felipe Massa(RM366,000), Richard Millle RM025 Diver (RM248,000) dan Richard Mille RM011 Flyback (RM480,000).

Dengan Hanya Satu Pendedahan.. Pemimpin BN Kantoi

Siri pertama koleksi jam tangan dimiliki pemimpin negara dimuat naik Sanjeevan Sabtu lalu dan menjadi viral di laman sosial.

Dalam pendedahan itu, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki empat utas jam tangan dan yang paling mahal, Hublot Big Bang King Power Red Devils Manchester United, edisi terhad yang bernilai RM165,000.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin didakwa memakai jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM160,000 dan Jaegar Le Coultre Reverso, yang harganya di antara RM27,000 dan RM180,000.

Namun, jam tangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph PRG-130-1V, berharga RM1,020.

Manakala di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang memakai jam tangan paling murah iaitu Seiko Chronograph SND363, dianggarkan dijual dengan harga RM270.

Isnin lalu, Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau memiliki jam tangan mewah jenama Rolex Submariner bernilai di antara RM30,000 dan RM40,000 sepertimana didedahkan Sanjeevan.

Timbalan menteri kewangan itu membuat penafian melalui laman Twitternya, mengatakan pendedahan tersebut merupakan fitnah dan beliau tidak pernah memiliki jam tangan jenama mewah itu.


"Fitnah, ini kerja pembangkang! Saya tidak pernah ada Rolex Submariner dan tak pernah memakainya. Jam saya yang biasa saja," katanya melalui laman Twitter pada Isnin lalu, sambil memuat naik gambarnya yang sedang memakai jam tangan diambil daripada laman Facebook Sanjeevan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.