`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 4, 2015

[GAMBAR] Kemaskini: Dato Jamaluddin Jarjis Disahkan 6 Individu Dalam Helikopter -updated

KDN Sahkan Jamaluddin Jarjis Antara Enam Individu Dalam Helikopter Terhempas

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bekas menteri, Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam individu yang berada dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang - Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jamaluddin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menaiki menaiki helikopter dari Kuantan ke Subang itu.

"Setakat ini, kami masih mengumpul maklumat terperinci berhubung insiden itu.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.

Beliau juga adalah Ahli Parlimen Rompin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Maklumat awal memberitahu bahawa sekurang-kurangnya tiga mayat dijumpai setakat ini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Dipercayai helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu oleh Kapten Cliff Fournier itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Menurut sumber, selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.

Turut dikatakan berada di dalam pesawat tersebut ialah seorang ahli korporat serta dua pengawal peribadi VIP terbabit.

Operasi menyelemat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang Sabtu.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama. -mstar


Enam dikhuatiri maut

Tiga ditemui terbunuh, dua daripadanya rentung manakala tiga lagi hilang apabila sebuah helikopter awam terhempas dan terbakar di Kampong Pasir Baru, Semenyih, kira-kira jam 4.57 petang, hari ini.

Menurut sumber Bomba dan Penyelamat Selangor, maklumat yang diterima daripada pengkalan TUDM, helikopter membawa enam penumpang dan milik swasta.

Katanya, helikopter berkenaan dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.

Bomba turut menjelaskan bahawa bagkai helikopter berkenaan ditemui lewat petang ini dan terdapat dua mangsa rentung di dalammnya.

Selain itu, bomba dikatakan sedang menjejaki tiga daripada enam penumpang yang dilaporkan berada dalam helikopter berkenaan.

Sementara itu, nahas berkenaan disahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi, di sini.

“Bagaimanapun, dan jumlah penumpang masih belum dapat dipastikan. Saya tengah berusaha mendapatkannya,” katanya.

Beliau turut mengesahkan dua mayat ditemui rentung di lokasi kejadian.
-HM


Saksi dakwa lihat helikopter meletup di udara

SEMENYIH: Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.

Pengawal keselamatan, Roslan Harun, 53, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 4.30 itu, beliau sedang berehat di rumahnya.

"Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat...nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.

"Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Kawasan kejadian itu juga sudah ditutup kepada orang awam sejak jam 6.30 petang.
 -BH



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.