`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 3, 2015

Gara-Gara Twitter, Kartunis Zunar Bakal Dipenjara 43 Tahun




Dituduh di mahkamah kerana Twitter, ditahan di balai polis kerana Facebook.

Begitulah nasib melanda Kartunis kontroversi Zunar yang ditahan polis kira-kira 30 minit selepas menyelesaikan urusan jaminan bagi sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi untuk disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia susulan tulisan di Facebook.

Setakat ini masih tidak tulisan yang mana satu dirujuk oleh pihak polis.

“Malaysia ada 15 juta pengguna Facebook, jika seseorang tulis sesuatu di wall (Facebook saya), bagaimana saya boleh tahu?” katanya kepada pemberita.

Zunar menyelesaikan urusan jaminan pada jam 12.20 dan diberikan masa 30 minit untuk makan tengah hari sebelum dibawa oleh polis.

Dia menyerah diri secara sukarela dan tidak digari.

Zunar memakai baju ungu mirip pakaian penjara yang disediakannya sendiri.

Dia hari ini tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan hasutan berkaitan sembilan tweet mengenai keputusan perbicaraan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua sembilan pertuduhan itu akan dibicarakan serentak, manakala ikat jamin ditetapkan RM2,500 bagi setiap pertuduhan - menjadikan jumlahnya RM22,500.

Jika disabit kesalahan, Zunar berdepan dengan hukuman sehingga 43 tahun penjara.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.