`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 1, 2015

GST Walaupun Malaysia Negara Lautan Cukai?

Image result for GST

Apakah sebabnya Malaysia perlu kepada GST?

Malaysia sudah pun mengenakan cukai kepada pengilang, pengimport, penjual dan penborong.

Cukai2 seperti duti eksais, duti import, cukai korporat (25%), "WITHHOLDING TAX", Duti setem, Cukai jualan, kos perlesenan dan sebagainya dikenakan oleh Kerajaan Pusat kepada pengilang, pengimport, pemborong dan penjual.

Kerajaan Negeri dan Tempatan pula mengenakan lesen perniagaan, lesen premis, cukai tanah dsbnya.

Di samping itu kerajaan juga mengenakan cukai pendapatan kepada individu2 yg berpendapatan agak tinggi.

Kesan dari cukai2 ini dipindah kepada para pembeli dalam bentuk harga barang yang mahal.

Makanya, dgn bebanan cukai yang sebegitu banyak, kerajaan UMNO/BN sekarang ini mengenakan pula GST.

Maknanya, setiap barang yang kita beli terdapat sekurang2 nya lima atau enam cukai yang telah dikenakan sebelum GST dikenakan.
Rakyat Malaysia terus menerus ditipu oleh BN.

Haji Hadi dan geng ulama pula membantu BN memudahkan kezaliman ini dengan menaikkan isu hudud yang UMNO tidak pernah mahu membantu perlaksanaannya pun.

Di negara2 lain, walaupun GST dikenakan tapi cukai korporat dan cukai kepada pemborong dan pengeluar diturunkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengeluaran.

DI Malaysia tak macam tu sbb tugas UMNO hanya cari duit untuk mengkayakan kroni.

Tahniah kerana mengundi BN

TULANG BESI

cc Sila lihat senarai harga kereta Proton di bawah. Segala cukai kita rakyat Malaysia sudah pun kena bayar. Sekarang kena bayarrr laagi dlm bentuk GST

KLIK IMEJ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.