`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 11, 2015

Kerajaan Negeri Kedah..sila tengok sat nasib 187 keluarga Ladang Meiha nie..!!

Nasib 187 keluarga belum terbela
Beberapa penduduk Ladang Meiha merayu pembelaan sewajarnya dari kerajaan negeri di Wisma Darul Aman.
ALOR SETAR - Nasib penduduk Ladang Padang Meiha, di Kulim, masih belum terbela meskipun keputusan mahkamah memihak kepada mereka.
Sebelum ini, seramai 187 keluarga dari ladang berkenaan diarah pindah oleh tuan tanah bagi tujuan pembangunan di kawasan itu.
Namun, penduduk yang telah lama menetap di kawasan itu berjuang dan membawa kes berkenaan ke mahkamah dengan menuntut tuan tanah memberikan pampasan dan menyediakan rumah kos rendah buat mereka.
Naib Pengerusi dan Setiausaha Bekas Pekerja Padang Meiha, Mohd Ali Abdul Razak berkata,  meskipun, keputusan mahkamah tinggi memihak kepada penduduk yang merupakan bekas pekerja ladang, namun mereka masih belum menerima hak berkenaan.

"Penduduk ladang sepatutnya sudah menerima bayaran pampasan dan rumah kos rendah yang dibayar sama rata antara penduduk dan pihak berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.