`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 21, 2015

MIC tuntut salib diletak ke tempat asal

  


Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh menggesa gereja di Taman Medan menaikkan semula lambang salib yang diturunkan semalam berikutan protes sekumpulan orang Melayu pada Ahad lalu.

“Gereja ini tidak harus tunduk kepada tekanan daripada 50 orang atau lebih penunjuk perasaan dan menurunkan salib untuk memuaskan hati mereka.

“Itulah kesilapan pertama yang mereka lakukan. KIni mengembalikan semula salib pada tempat asal akan menjadi punca perbalahan antara penganut Kristian dan Islam.

“Mereka perlu meletakkan salib ini semula kerana ia sebagai adalah simbol kepercayaan yang dijamin perlembagaan,” katanya.

Sivarraajh (kiri) berkata gereja boleh meminta pihak berkuasa tempatan dan polis untuk membantu mereka melakukan perkara itu.

Katanya lagi, perlembagaan menjamin kebebasan beragama setiap rakyat dan ia tidak boleh dikompromi.

“Kami mengutuk penunjuk perasaan yang ingin memberi tekanan yang tidak wajar pada paderi gereja untuk menurunkan salib.

“Kami boleh memahami tekanan yang sangat besar (dihadapi) paderi sememangnya wujud (ketika) menurunkan simbol suci mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.