`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 10, 2015

Najib : Dr M minta saya buat jambatan bengkok



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek 'jambatan bengkok' untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura.

Najib berkata, pemintaan itu disuarakan oleh Mahathir dalam satu perbincangan sebelum ini, sebelum perdana menteri keempat itu melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Katanya, Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah

“Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri
pandangan atas perkara ini.

“Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini,” katanya.

Najib dalam wawancara khas yang dipancarkan melalui stesen televisyen berkata, isu berkenaan dibangkitkan dalam pertemuannya di kediaman Mahathir.

Dalam pertemuan itu juga, Mahathir tidak menyoal mengenai kes berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu secara khusus, kata Najib.

Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan terbuka kepadanya, yang dikesan “semakin sengit” sejak beberapa minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.