`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 8, 2015

Pekerja Tidak Dibenarkan Solat, Apa Tindakan JAKIM ?


Aku tak heran kalau pekerja tu tak solat. Sebab tu atas keimanan seseorang. Kalau ko tahu tanggungjawab as muslim. Ko akan ikhtiar solat. Tapi kalau majikan buat taik, nak sekat muslim solat. Yang ni memang kena amik tindakan. So what mereka nak sekat. Tapi nak tau jugak. Apa tindakan yang boleh diambil. Berapa kali dalam sebulan jakim pergi siasat majikan macam ni. Kalau ada aduan sekalipun, apa jaminan pekerja tu takkan dibuang kerja. Bukan nak tujukan pada jakim semata-mata, majlis agama negeri pun rasanya perlu buat tinjauan dan ambil tindakan sewajarnya dalam kes mcm ni. Sepatutnya ada la apps dari majlis agama untuk muslim buat aduan dengan lebih cepat. Bukannya asyik nak serbu pusat maksiat dan buat operasi pecah pintu cari orang berasmara jer. So cadangan aku, better pihak jakim atau majlis agama tempatan buat satu cara mudah pelaporan untuk diambil tindakan. Kalau tengok kat hubungi kami pun. Sadis. semua meluru pada webmaster. Biarla directly pada pegawai yang bertugas mengikut bahagian. 

Kuala Lumpur: Seorang bekas pekerja gunting rambut warga India mendakwa dinafikan haknya sebagai seorang beragama Islam untuk mengerjakan solat sejak dua tahun lalu.
Erfan Umar, 27, mendakwa dia serta 14 lagi rakan sekerjanya tidak dibenarkan melakukan tanggungjawab itu oleh majikannya sepanjang bekerja di kedai gunting rambut di Subang Jaya.
Menurutnya, dia bekerja selama 14 jam setiap hari mulai jam 9 pagi sehingga jam 11 malam sejak 2013 dan hanya diberikan waktu rehat selama 30 minit untuk makan tengah hari.

“Semua waktu yang diwajibkan bersolat majikan tidak benarkan, malah solat Jumaat juga dia tidak benarkan saya keluar dari kedai.
“Selama saya bekerja di negara ini, saya hanya berpeluang menunaikan solat sunat Aidilfitri saja pada tahun lalu,” katanya ditemui di luar pekarangan Istana Negara, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.