`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 5, 2015

PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? (7)

Najib perlu jawab Tun M


KL: APAKAH Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah berpihak kepada Tun Mahathir Mohammad apabila beliau bersetuju  bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab isu-isu yang dibangkitkan bekas PM itu bagi meredakan suasana?
 
Ketua Pemuda Umno itu berkata, meskipun beberapa isu yang disentuh Tun Mahathir itu sudah dijawab sebelum ini, namun ia perlu dijawab lagi.

"(Tun Mahathir mahu jawapan dari Najib) Saya rasa itu yang Tun Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tapi paling berkesan kalau Najib sendiri yang memberi penjelasan tersebut.
"Kalau ditanya (lagi) oleh Tun Mahathir bermaksud jawapan sebelum ini tidak cukup atau tidak jelas. Jadi, kita kena jelaskan lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di program menolak ekstremisme, di sini, hari ini. Lapor Sinar Harian.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 7: 

Terbaru, Tun Mahathir dilihat kembali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14. Dalam pada itu, Khairy berkata mengabaikan segala persoalan yang dibangkitkan Tun Mahathir bukan pilihan terbaik kerana ia akan memberi persepsi negatif kepada umum.

Menurut Sinar Harian lagi.

"Tun Mahathir bebas untuk bercakap dan menulis. Lebih-lebih lagi sebagai bekas perdana menteri. Sudah pasti beliau ada pandangan tersendiri. Kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis oleh beliau.
"Bagi saya kita tidak boleh buat tak tahu apa yang dibangkitkan Tun Mahathir.
"Saya rasa kalau kita buat-buat tidak tahu, ia akan menjadi masalah yang lebih teruk lagi. Kita kena jawab. Walaupun jawapan telah diberi, kena jawab lagi. Sama ada isu 1MDB, isu jet kerajaan, isu Sirul dan sebagainya. Kena jawab. Kita tak boleh abaikan sahaja masalah itu. Abaikan masalah itu bukan pilihan yang baik," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa Tun Mahathir mempunyai pengaruh besar terutama kepada orang muda di negara ini.

"Saya harap bahawa mereka yang ada jawapan boleh tampil ke hadapan termasuk saya sebagai menteri. Kita akan turun ke bawah untuk memberi jawapan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan secara spesifik.
"Isu ini disebut dan dicakap dalam kalangan rakyat, jangan kita anggap ini tak penting dan abaikan sahaja.

Sebab Tun Mahathir ada pengaruh besar dalam kalangan rakyat terutama dalam kalangan orang muda. Kalau kita tak jawab, maka mereka akan dapat persepsi yang tidak betul.

"Sebab setiap isu yang dibangkitkan Tun Mahathir ada jawapan...pernah dijawab, pernah diberi jawapan mungkin kita kena ulang jawapan itu dengan lebih terperinci," kata Khairy.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.