`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 23, 2015

POLIS BURU INDIVIDU PALSUKAN KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS NEGARA



Ketua Polis Negara melalui akaun Twitter dan Facebook Pagenya telah menafikan mengenai siaran media yang kononnya dikeluarkan oleh pihak polis berkaitan 'Notis Perobohan Kuil Batu Cave' yang kini tersebar secara meluas di media sosial. 

Tambahnya lagi, pemalsuan dan penyebaran berita ini akan disiasat. 

Polis akan menyiasat edaran kenyataan akhbar palsu yang mendakwa bahawa pihak berkuasa telah meluluskan perobohan kuil Hindu di Batu Caves. 

Kenyataan yang diedarkan di talian itu memaparkan kepala surat PDRM dan kononnya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

"Polis menafikan pernah mengeluarkan kenyataan itu. Pemalsuan dan penyebaran berita ini akan disiasat," kata Khalid dalam satu tweet. 

Kenyataan palsu itu mendakwa bahawa kerajaan akan mengambil alih kawasan tersebut untuk tujuan "pembinaan bandaraya" dan akan memulakan kerja-kerja perobohan pada 2 Mei. 

Kenyataan itu disebarkan selepas sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya menurunkan salib berikutan demonstrasi oleh kira-kira 50 penduduk Ahad lalu. 

Mereka, termasuk abang IGP, Datuk Abdullah Abu Bakar dan bekas Ketua Wanita Umno Petaling Jaya Selatan, Munaliza Hamzah, yang berkata kawasan itu didiami 95 peratus orang Islam. 

Abdullah, yang juga ketua Umno cawangan Taman Lindungan Jaya kemudian berkata dia berada di sana untuk menjadi pengantara antara penduduk dan pihak gereja. 

Beliau telah disoal siasat oleh polis selama tiga jam semalam berkaitan penglibatannya dalam demonstrasi itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.