`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 8, 2015

Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir


DR MAHATHIR: Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul. -Gambar fail



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

Katanya adalah tidak adil jika Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

“Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

“Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

“Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri),” katanya menerusi blog chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan kerana timbul banyak syak wasangka di kalangan masyarakat.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menuduh Najib melakukan jenayah kerana itu dapat disiasat oleh polis.

"Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah.

"Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat," katanya.

- astroawani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.