`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 1, 2015

SPR terima notis kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR akan bermesyuarat membincangkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 April, 2015.Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR akan bermesyuarat membincangkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 April, 2015.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima notis pemberitahuan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikir Amin Mulia hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sehubungan itu SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat.
Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi PRK tersebut selain memutuskan tarikh sebenar kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh bermula, katanya.
Beliau turut menjelaskan menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hari ini berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui keluarga Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pandikar Amin, yang menerima surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu hari ini, berkata selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu, maka Anwar telah hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac iaitu sebaik sahaja petisyen bagi pengampunan diputuskan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.