`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 3, 2015

The Man who can walk on Water, THe Hermit and The Fox



Saya ada  memberitahu seorang pemimpin UMNO yang masih mahu berkawan dengan saya walapun saya parti DAP, bahawa there’s a method in Dr Mahathir’s madness.

Saya beritahu dia, Dr Mahathir ini methodical. Dia akan bedah satu persatu. Once he’s on to something, dia akan pursue it to the end.

DR Mahathir is on to kick out Najib. Dia akan berjaya. Kita telah lihat ini berlaku. 
Sejarah akan buktikan bahawa kejayaan seorang pemimpin besar termasuklah menyediakan pengganti yang baik.

Selama ini, kita measure kejayaan Mahathir dalam bentuk Pak Lah dan Najib. Bila kita lihat Pak Lah dan sekarang Najib, kita kondem Mahathir sebagai gagal. 
Sebenarnya measure greatness Dr Mahatir ialah dalam bentk 2 pemimpin yang sepatutnya Malaysia dapat- Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam. Ini dua orang yang ada keberanian bercakap apa yang perlu dpercakapkan.

Minat dan kepentingan saya ialah melhat orang yang ganti Najib itu yang adalah orang yang diperlukan Malaysia hari ni. Seorang yang boleh meletakkan Malaysia on an even keel dengan foundasi yang diperkukuhkan.

Malaysia memerlukan kombinasi kepimpinan yang tegas dan pengasih pada waktu yang sama- yakni tegas melalui rule of law, jalankan dasar ekonomi untuk negara, asas social untuk seluruh bangsa Malaysia, keadilan untuk Sabah dan Sarawak.

Hanya ada seorang sahaja yang fit the bill. Orang itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Disini ada seorang pemimpin yang sedia bertegas tapi dengan menggunakan rule of law.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pun sudah menyatakan bahawa masa nya sudah tiba, sebuah kerajaan perpaduan yang dibina atas prinsip2 yang betul boleh diujudkan. Prinsip ini adalah prinsip universal sebuah negara yang dipilih secara demokratik, memuliakan rule of law dan menjalankan dasar2 mendorong rakyat buat baik dan menolak segala kejahatan dan kerosakan. Inilah maqasidberkerajaan.

Bahkan Encik lim pun sudah membayangkan bahawa pemimpin baru yang membentuk kerajaan yang demikian, jika datang dari pasukan BN pun tidak mengapa. Itu satupolitical concession yang berani dari Lim Kit Siang- sebab overriding interest nya ialah selamatkan Malaysia untuk semua.

Jangan pedulilah dengan nama2 yang disebut oleh Kit Siang tersebut. Kalau mesej demikian , disambut dengan buat pekak oleh Ku Li, maka Malaysia tidak ada masa depan.

Masa nya sudah tiba untuk si petapa dari Langgak Golf keluar dari pertapaan. Bukan kita ni menungkat langit.

Dr Mahathir sudah keluar dengan kritik nya yang paling keras. Nampaknya umur yang hampir 90 tahun tidak memperlahankan Dr Mahathir dan Dr Mahathir mempunyai masa yang cukup rasanya. Dia pernah beritahu bahawa keturunan nya berumur panjang. Jika tidak dia pergi ke Jepun untuk rawatan  mata, kritikan ini keuar bulan mac lagi.dulu, saya ada tulis suatu artikel beware the ides of March.Nyatalahlah, Mahathir tidak suffer impaired vision.

Sekarang perkara yang disebut2- yakni assassination politik keatas  Najib sudah mula bermula.

Mahathir telah mengkritik Najib melalui isiu2 yang paling hangat. Antara isiu2 yang saya jangka lebih kritikal daripada yang lain ialah kes Altantuya. Kita akan lihat isiu ini lah yang akan menjahanamkan Najib akhirnya.

Tidak ada orang yang sengaja suka2 atas perasaan sendiri, mundar mandir secara tiba2 rasa , hari ini mahu bunuh orang. Berlawanan dengan pendirian mahkamah, rakyat mahu tahu niat, mau tahu siapa perintah dua anggota polis dan sebagai nya. 

Tugas sesiapa yang memipin negara nanti ialah membuka kes ini semua, order a retrial, cari pembuktian yang cukup untuk panggil Razak Baginda dan menimbang segala sudut dan keterangan.

Isiu2 lain seperti 1MDB boleh lagi ditepis oleh para juak nya- dengan 1001 alasan. Dalam parlimen pun- sampai tidak kuasa hendak jawab sebab MP2 BN dari UMNO khususnya- akan kata apa yan hendak takut- nilai assets lebih dari nilai tanggungan.

Kita dah lama dengar penerangan simpletons. Cakap kepada jkkk bolehlah. Cakap kepada anggota RELA boleh. Cakap kepada anngota KEMAS bolehlah. Cakap kepada ketua blok Felda bolehlah.

Semua orang tahu, assets jadi berguna jika ianya dicairkan dan diguna untuk menyelesaikan tanggungan seperti beban hutang. Nilai aset 1MDB lebih besar hanya kerana nilai 2 hartanah yang diperolehi dengan cara menipu- iaitu tanah untuk Tun Razak exchange dan tanah sungai besi dibeli dengan harga yang murah.

Yang mengherankan, tanah kerajaan dibeli dengan murah- tapi tanah milik orang UMNO di Pulau Pinang dibeli dengan harga tipu sebab ada markup tinggi untuk puak UMNO.

Disini ada masaalah orang Melayu. penipuan oleh orang UMNO tidak mengapa. Kita boleh maafkan. Sebab pelaku salah bangsa kita orang Melayu. Kalau orang Melayu buat, umno pulak tu, lagi tidak mengapa.

Macamlah dalam dunia ini, orang yang Melayu  itu hanya orang UMNO.

DR Mahathir telah tunjuk dalam bahasa mudah- bahawa Najib tidak ada suatu ciri terpenting untuk jadi PM- tidak ada kepmpinan. Akhirnya seperti  kata orang putih, the chickens have come home to roost.

Negara dan rakyat menyedari bahawa selama ini, Najib yang mereka kenal itu hanya suatu imej dan ‘idea’ kepimpinan yang dicipta oleh pereka imej politik Najib. Najib is an invented leader.

Terutama yang dimetoskan oleh image consultant pemabuk dan kaki enjoy orang puteh yang orang sudah tahu tentang keberadaan nya dalam pasukan punahsihat Najib.

Dia tidak ada kepimpinan sebab itu segala bentuk kerosakan berlaku di Malaysia. Harga kos kehidupan makin meninggi, nilai matawang Malaysia merudum. Hutang awam kian meningkat merentasi tahap 55% GDP.

Dan yang paling menakutkan, rakyat tanya, bolehkah kita rely on the validity and integrity angka2 ini?

Mengenai hutang awam- saya sendiri menulis banyak kali, ianya sudah merentasi 55%- sebab ia tidak mempelihatkan nilai contingent liabilities, perbelanjaan yang tidak direkodkan atau disokong oleh dokumentasi, dan  macam2 lagi silap mata.

Dan Najib belanja macam orang hilang akal. Pergi merata pelusuk negara- syarah pada orang ramai belanja berhemah. Rakyat puteh mata lihat Najib beli kapal terbang baru untuk kegunaan dirinya dan Rosmah sedangkan kita sudah ada banyak kapal terbang.

Dan cara belian nya- seperti yang saya katakan- hanya alasan untuk buat orag2 tertentu jadi kaya.

Cara belian ini, cara orang2 penipu dan kaki songlap duit kerajaan. Mengapa perlu sewa balik kapal terbang dari seorang individu dengan bayaran sewa yang tinggi? Kemudian bila habis tempoh, kapal terbang itu jadi milik tuan punya semula. Siapa individu ini dan apa kaitan dengan Najib atau isteri Najib?

Kan kita ada syarikat yang membeli kapal terbang untuk MAS? Mengapa tidak suruh syarikat ini sahaja yang beli, maintain dan sewa kepada keraaan untuk kegunaan Najib dan keluarga dan pemimpin negara kita?

Janganlah membudakkan kita dengan mengatakan bahawa belian ini perlu kerana menjaga keselamatan pemimpin kita dan menjaga rosmah mansor yang mulia hati nya. Kalau nak jaga keselamatan, nailk kapal terbang awam. Kalau tak yakin dengan MAS dan Air Asia, naik SIA atau kapal terbang lain. Ada safety in numbers.



Kita boleh yakin, bila Mahathir mulakan sesuatu, dia bukan main2. Bila Mahathir tanya,bererti, dia ada maklumat yang lagi lengkap. Brace yourselves folks!

Satu hari saya bertanya dengan Tun Daim Zainudin- apa means yang Dr Mahathir nak guna untuk jatuhkan Najib? Dr Mahathir bukan ada resources untuk jatuhkan Najib- dua bukan persiden UMNO dan dalam UMNO ramai penyokong Najib macam Syed Ali al Habshi al Cherasi?

TDZ jawab- DR Mahathir hanya perlu ada 30 orang or so ketua bahagian yang diberitau dan dimaklumi akanirrefutable evidence mengenai kerosakan yang dilaukan oleh Najib. Mereka ini simply akan berdepan dengan Najib dan berkata- look ini semua bukti2 yang tidak boleh dipertahankan- baik kamu berhenti sebelum semua UMNO hancur.

Mesej Dr Mahathir sangat jelas- masa nya sudah tiba untuk Najib undur. Saya tanya Tun Daim- kalau Najib undur sipa ganti-. Dia kata UMNO will find its own level.

Saya kata kita tidak kira- siapa pun ganti Najib, kita akan masak penggantinya. Tun daim hanya ketawa.

Sekarang seorang lagi, PM yang kita sepatutnya dapat sdah lama- iaitu MP Gua Musang, Ku Li pun menyatakan perkara yang sama. Beberapa minggu yang lalu, sebelum Ku LI memberi ucapan nya buat pertama kali setelah berkurun lama nya tidak, soldadu2 Najib menggelupur berjumpa dan menalipon Ku Li- janganlah bantai Najib teruk sangat. Dan kita lihat Ku Li telah deliver speech yang tidak menyakitpun dan Najib breathed a relief.

Tapi mesej sebenar Ku Li ialah- kalau Najib tidak buck up- mesej nya ialah you have to go. Kamu merosakkan seluruh Malaysia.

Kali ini, Ku Li keluar dengan kenyataan megulangi apa yang Mahathir mahu. Dan Ku Li pun tahu, isiu yang akan menjatuhka Najib ialah isiu pembunuhan Altantuya.

Dr Mahathir dan Ku Li , dua musuh tradisi kali ini bersatu dalam fikiran, menyatakan kepada Najib- sila berhenti , selamatkan Malaysia.

Ada seorang lagi yang patut keluar dengan kenyataan conscience nya untuk menyatakan mengenai rotten state of affairs dalam dunia Hamlet Najib ini- Musa Hitam. Janganlah keluar kenyataan dari luar negara sahaja- Tun Musa mesti ketepikan sikap natural nya untuk menyatakan opposite what Dr Mahathir says- dan kata apa yang perlu didengari oleh rakyat Malaysia. Bahawa Malaysia perlu diselamatkan dengan menukar PM.

Saya kenal secara peribadi dengan TMH sejak beberap tahun dan saya tahu pemikiran nya. Mungkin tidak setahu Shahrir Samad- tapi Musa Hitam kata, setiap kali hendak bercerita dengan Shahrir, Sharir lari.

Tidak perlu saya khabarkan, the real thoughts of Musa Hitam. Yang saya boleh ceritakan ialah natural inclination TMH untuk bercanggahan pendapat dengan Dr Mahathir. Its time dia pun bercakap benar megenai negara kita dibawah the insouciant leadership of Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.