`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 8, 2015

Tun Mahathir Akan Ditangkap Polis?

Laporan polis seluruh negara pada Dr M


Sebuah kumpulan merancang membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa pihak polis menyiasat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bawah Akta Hasutan 1948.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata tindakan itu diambil susulan kenyataan Mahathir, antaranya berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Laporan polis sedang dibuat di seluruh negara.

"Semalam ada sekumpulan (buat laporan polis) di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Rembau, pagi ini di Kuantan dan Hulu Selangor.

“Dan petang ini di Pulau Pinang dan Melaka," kata ketua SAMM Badrul Hisham Shahrin ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

- mkini

2 comments:

  1. Apakah salahnya dalam permintaan Tun Mahathir sehinggakan digesa polis menangkapnya? Itu tidak wajar dianggap sebagai ancaman. Berdasarkan laporan polis biasanya suatu penyiasatan dibuat dimana polis akan mengambil tindakan2 tertentu pada kes2 lain. Sama juga dalam hal ini, beliau mahukan siasatan dibuat. Kenapa orang yang meminta sesiatan dibuat dipersalahkan? WAJARKAH TINDAKAN ITU? Sepatutnya bukan tangkap dia, malah polis bertindak professionally dan unbiasedly jalankan penyiasatan secepat mungkin. Ini ada relevennya dengan beberapa kes lain yang dibicarakan.

    ReplyDelete
  2. Salam mullah qadammullah...bagi setiap seseorang yang mempunyai aqal dan fikiran lantas mengkritik tidak salah..setiap teguran itu bukan untuk menjatuhkan malah untuk memperbaiki kelemahan seseorang supaya tidak dapat membuat kesilapan...bagi saya tidak salah tun mahathir mengkritik akan pemerintahan era najib sebagai perdana menteri..ini adalah kenyataan setiap perkara yang dikatakan sama ada benar ataupun tidak haruslah dijawab masakan pokok bergoyang jika angin tidak bertiup....sebagai mantan perdana menteri..tidak salah utk beliau menyoal akan kepimpinan seseorang itu..dan semasa zaman rasullulah saw..menyatakan haruslah kita mempersoal akan setiap tindak tanduk suapya ianya tidak menjadi fitnah dan bidaah..jika kita lihat di zaman era tun mahathir ..bnyk perubahan telah dilakukan dan kemajuan yang di realisasikan kepada rakyat malaysia dan negara luar..setiap sen yang kerajaan belanjakan adalah dari semua wang rakyat tidak kira rakyat itu parti umno ataupun parti pembangkang...sedangkan allah swt menjadikan setiap kejadian itu bersifat berlawanan jika tidak ada sifat berlawanan akan hancurlah sesatu benda..kerana kita ingat semuanya yang kita lakukan adalah baik belaka padahal benda itu tidak baik..dia akhir zaman banyak perkara bidaah telah terjadi..memang jika kita tengok dengan teliti zaman pemerintahan najib banyak pembaziran dan tiada arah tujuan kepimpinan beliau..dgn berlakunya banyak rasuah..termasuk ke menteri kabinetnya..masa kempen pru ke 13 parti-parti politik ini berkempen dari rumah ke rumah meraih undi simpati..dgn memberi sumbangan dari segi wang ringgit dan harta benda..adakah itu politik wang yang dinamakan...baik besar atau sikit ia adalah rasuah..memang tanggung jawab kerajaan menyediakan frasarana pembanggunan sejajar dgn kemajuan negara..kerana itu adalah tanggung dan jawab sesuatu kerajaan itu kerana mereka menerajui kerajaan itu..dan wang yang mereka belanjakan itu pernahlah mereka mempersoal dari mana datangnya wang itu..rakyat menderita.sedangkan mereka-mereka ini hidup didalam kemewahan...kenapakah mereka ini menjadi hamba duit...dari manakah mereka mendapat kemewahan itu..sudah tentu dari rasuah yang mereka gantikan dengan projek-projek korupsi..mereka..ingatlah najib kamu sebagai pemimipin negara..sebagai khalifah..setiap perkara yang kamu lakukan baik ataupun tidak bila sampai waktu ketika akan dipersoalkan oleh mahkamah agong.di padang mahsyah..dam dacing yang digunakan adalah dacing neraca al mizan yang tidak berat sebelah..dan untuk diri saya sendiri..sbb kita beragama islam kita haruslah tegur menegur setiap perbuatan itu..supaya tidak menyimpang dan jika kita tidak menegur akan di akhirat kelak kita juga akan dipersalahkan..ingatlah dan terimalah setiap kritikan tidak kira dari sesiapa pun mahu dari tun mahathir atau orang disekeliling kita...zaman sekarang ini ramai umat manusia yang jadi pengampu untuk di ampu..dan dizaman ini ramai juga orang melayu dan beragama islam....renungilah khutbah terakhir nabi muhammad saw yang baginda rasullulah sampaikan di lembah uranah gunung arafah...hayatilah kata-kata baginda itu kerana banyak artinya..dan apa yang baginda sampaikan ada yang dah terjadi kepada kita hari ini...saya berkata bercakap adalah kerana benar..saya tidak takut kepada sesiapa..saya hanya takut kepada allah swt..hidup dan mati saya adalah kerananya...saya rasa ada orang yang tidak takut akan allah swt..jika ia takut ia tidak akan buat perkara yang dilarang olehnya...kembalilah kepada zaman pemerintahan saidina umar alkhatab...bukannya ke zaman abu lahab..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.