`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 1, 2015

Universiti bertaraf antarabangsa, tiada bekalan air?

ong_kian_ming
10942312_428041570687031_4825673161671802114_nBANGI, 1 APRIL: Peruntukkan RM 182.4 juta untuk pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia tidak membawa perubahan kepada universiti itu apabila gangguan air masih membelenggu kerana sistem perpaipan lama masih digunakan.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming melahirkan kebimbangannya terhadap isu bekalan air di UKM itu berikutan kenyataan Menteri Pendidikan II Idris Jusoh yang mengatakan kononnya sistem pengajian tinggi Malaysia bertaraf antarabangsa Januari lalu.
“Minggu lepas saya terima aduan dari wakil persatuan mahasiswa UKM yang mengadu 5 dari 13 kolej sedang alami gangguan bekalan air selama tiga minggu. Saya diberitahu Kolej Ungku Omar, Aminuddin Baki, Keris Mas dan Burhanuddin Helmi masih tak ada bekalan air sehingga terpaksa menghantar lori air untuk bekalkan air kepada pelajar.
“Bagaimana kita boleh bercakap tentang aspirasi universiti tempatan untuk mencapai status bertaraf antarabangsa apabila kita tidak dapat memastikan bahawa universiti-universiti mempunyai bekalan air yang mencukupi?
“Gangguan air yang serius di UKM bukan masalah baru, ini sudah berlarutan sejak 10 tahun lepas,” tegas Kian Ming.
Menurut Kian Ming, pihak pengurusan UKM memberikan alasan banyak tempat dalam UKM terletak di kawasan tanah tinggi yang mengurangkan tekanan bekalan air. Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) juga telah memberi pelbagai cadangan kepada UKM untuk menaik taraf sistem paip dalaman tetapi ini tidak dilakukan.
“Paip air di UKM peru naik taraf. Jika pihak UKM sedar tentang masalah ini, mengapa mereka tidak gunakan perbelanjaan pembangunannya untuk menaik taraf infrastruktur?” soal beliau.
Belanjawan 2014 lalu memperuntukkan RM74.1 juta untuk pembangunan UKM, sejak 2011 sahaja sebanyak lebih RM 182.2 juta peruntukan telah disalurkan kepada UKM.
Namun peruntukan besar itu tidak menampakkan perubahan infrastruktur di UKM terutamanya terhadap sistem perpaipan yang mengundang rungutan daripada ramai mahasiswa.
“Adakah ini contoh sebuah universiti bertaraf antarabangsa di mana dana pembangunan disalurkan kepada projek-projek yang mempunyai sokongan politik sementara kebajikan pelajar dan pensyarah tidak diutamakan?
“Saya menyeru Menteri Pelajaran II meluluskan bajet tambahan pembangunan UKM dengan segera untuk menaik taraf sistem paip di kampus sebagai langkah penyelesaian masalah air.
“Saya juga mohon pihak universiti untuk bekerjasama dengan SYABAS dan ‘stakeholders’ lain, termasuk kerajaan negeri, dalam usaha mencari penyelesaian jangka masa pendek dan panjang mengatasi masalah ini,” tegasnya. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.