`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 18, 2015

1MDB ‘Frankenstein’ yang bakal musnahkan Najib

Image result for Ahmad Said atau Ahmad RazifImage result for Ahmad Said atau Ahmad Razif

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (laporan 12 Mei 2015 Astro Awani) mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.
Namun keputusan itu ditarik balik.
Nah, pendedahan itu tiba-tiba menyentak perhatian umum kepada asal usul 1MDB, ‘badan pelaburan berdaulat kedua’ atau ‘second sovereign wealth fund’ (selepas Khazanah). Apa pula kaitan 1MDB dengan Terengganu? Saya kira ini peluang saya merumuskan pengamatan saya dan mengongsikannya di sini.
Bagi memulakan cerita, “Wang Royalti” nama asalnya, yang bertukar menjadi Wang Ehsan, akibat pengkhianatan Kerajaan Persekutuan enggan membayar kerajaan negeri ketika PAS menawan Terengganu, perlu terus diurus. Jumlah royalti sebanyak kurang lebih RM2.5-RM3 bilion setahun.
Selepas berlalu sedikit waktu di mana wang ehsan menjadi semacam “dana politik” milik penguasa politik negeri tanpa pertanggungjawaban, terbit cadangan menubuhkan sebuah badan pelaburan.
Maka terbentuklah ‘Terengganu Investment Authority’ atau TIA pada tahun 2008, yang antara lainnya, pelaburan ‘wang ehsan’. RM3 bilion setahun bukan sedikit. Ramai terlioq agaknya!
Ya, kalau begitu, asal TIA, adalah dana “berdaulat” yang mengurus kekayaan hasil sumber minyak dan gas negeri Terengganu. Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak sangsi kalau begitu seperti asal.
Dalam pada itu, minat dan nafsu Putrajaya untuk terlibat mengurus dana semakin berahi.
Akhirnya tampil cadangan menjadikan TIA sebahagian entiti “Persekutuan”. Putrajaya lantas membuat “pelawaan”. Sebagai sebuah kerajaan negeri sukar untuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tolak. Maklumlah.
Nyata ketika Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menafikan kebenaran kenyataan Ahmad Said, esoknya (13 Mei), beliau semacam tidak tahu tentang dakwaan Ahmad Said atau sengaja hendak membodek bosnya di Putrajaya. Dalam kedua-dua keadaan tadi, Ahmad Razif tampak tidak betul atau salah.
Salah kerana tidak tahu sejarah tadbir-urus entiti penting milik negeri, TIA. Salah juga kerana membodek bos dalam isu yang boss ternyata sudah membuat komitmen sendiri satu ketika dahulu!
Ahmad Razif lantas menyatakan tidak wujud cadangan untuk menjadikan hasil minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran untuk pinjaman 1MDB.
Tidak dinafikan, beliau ada mengakui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah bersetuju untuk menjadi TIA sebagai satu badan pelaburan kerajaan negeri. Modal berbayarnya adalah RM1 juta yang dibayar oleh pihak kerajaan negeri.
MMKN kemudiannya memutuskan kerajaan negeri tidak bersedia untuk terus bersama dalam TIA kerana tidak mahu mengambil risiko yang agak besar, meskipun TIA dikatakan sudah mula membuat keuntungan. Kerajaan dibayar balik modal berbayar RM1 juta. Benar tetapi tidak lengkap.
Bagi mengelak dakwa-dakwi, saya petik secara verbatim laporan akhbar The Star, 22 Julai, 2009, bagi membawa balik ingatan semua pihak apa sebenarnya pengkisahan semua ini.
KUALA LUMPUR: The Terengganu Investment Authority (TIA) is being expanded to a federal entity called 1Malaysia Development Bhd (1MDB) with the aim of investing billions of ringgit in energy, real estate and hospitality sectors in the country, according to a statement from the Prime Minister’s office.
It was earlier proposed that the TIA would raise RM11bil for investments, of which RM5 billion were to be government-guaranteed bonds while RM6bil were bonds to be collateralised by oil royalty payments to the state of Terengganu.
The King, who is also the Sultan of Terengganu, has consented to the arrangement. The new entity will be wholly-owned by Ministry of Finance Inc and will report directly to the Prime Minister. The Cabinet has also given its approval in principle.
The statement said more details would be released in the coming weeks.
Maka apa yang dinyatakan oleh mantan menteri besar Ahmad Said adalah benar dan benar belaka.
Saya memuji kefahaman Ahmad Said tentang risiko yang bakal diambil beliau dengan kaedah ‘securitisation of future income’ daripada hasil minyak dan gas Terengganu sekiranya dipersetujui beliau!
Ahmad Razif boleh gigit jari kekesalan sebab membuat kenyataan dengan tidak menyemak Penasihat Undang-Undang Negeri gamaknya atau sekadar memang hendak ‘memperbodohkan’ Ahmad Said. Sekarang ini, rakyat Terengganu boleh menilai kembali siapa lebih cerdik atau sebaliknya!
Persoalan seterusnya “Bila entiti atau creature (binatang) TIA menjadi 1MDB? Maka saya petik laporan tersebut sekali lagi, dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib sendiri, yang akhirnya melantik dirinya Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB:
“To advance further and make this investment work, the Government has decided for TIA to be expanded into a federal-based sovereign wealth fund to be known as 1Malaysia Development Bhd for its benefits to be felt across Malaysia,’’ Najib said in the statement.
Maka, entiti TIA yang dulunya hanya beroperasi dan berpusat di Terengganu akan bertukar wajah menjadi 1MDB yang beroperasi untuk ‘kepentingan dan kemaslahatan’ seluruh rakyat Malaysia!
Memetik lagi: By becoming a sovereign wealth fund, 1MDB will have Malaysia as its priority instead of just one state, according to a source.
Apakah yang menjadi cita-cita 1MDB dan bagaimanakah strategi pelaburan 1MDB?
Memetik lagI: “1MDB is to drive sustainable, long-term economic development for Malaysia by forging strategic global partnerships and promoting foreign direct investment (FDI) for Malaysia to further enhance the multiplier effects for the Malaysian economy.”
Maka begitu mengikut cita-cita 1MDB. Namun setelah 6 tahun penubuhan (2009) dan pengoperasiannya, apakah yang dapat dibanggakan oleh 1MDB dan oleh PM Najib? Timbunan hutang ke paras RM42bilion! Aset RM 50 bilion, gagal menjana aliran tunai positif.
Sebahagian besarnya hutangnya, dijamin kerajaan. Kini jelas 1MDB pastinya gagal melunaskan hutangnya. Pensenaraian atau IPO aset tenaga yang kononya menjana RM10 bilion, tinggal cita-cita.
Hampir tiada apa yang boleh membanggakan sesiapa pun di negara ini! Penulis menitipkani beberapa makalah termasuklah yang mutakhir “1MDB: Rompakan Terdahsyat Kurun ini!
Sejak laporan yang dibuat oleh sebuah badan ‘whistleblower’ iaitu ‘Sarawak Report’ bersekali dengan ‘London Sunday Times’, bulan Februari tahun ini, 1MDB semacam dalam kedudukan ‘terminal’ pesakit barah. Sangat tenat.
‘Financial Engineering’ oleh seorang yang jutawan muda Low Taik Jho atau ‘Jho Low’ yang mungkin dalam satu ‘grandiose’ dirinya seorang ‘financial wizard’ terus-terusan gagal dalam semua eksperimennya.
Yang nyata dan yang menjadi mangsa pertamanya ialah penaja dan pembikinnya yakni tidak lain daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri Datuk Seri Najib Razak!
Beliau bakal tumbang kerana 1MDB dan kerana Jho Low. Tidak ada jalan untuk menyelamatkan beliau lagi. Bagaimana dan cara mana, hanya Allah yang lebh tahu.
Tetapi atas kemungkaran ekonomi dan kewangan ini, mungkin tiada maaf bagi semua yang bersubahat dengan Jho Low dan mampukah Najib membersihkan dirinya? Usah cerita tentang kekayaan dan kemewahan.
Meskipun sudah dua kali seluruh pimpinan Majlis Tertinggi Umno dan Ketua-Ketua Bahagian Umno seluruh negara bersatu dan berpadu untuk menyelamatkan presiden mereka, nampaknya takdir akan mendahului tadbir!
Amarah rakyat sudah memuncak dengan angkara kepincangan dan pengkhianatan oleh segelintir pemimpin Lembaga Tabung Haji, khususnya Pengerusi LTH dan beberapa penjawat tertingginya yakni Pengarah Urusan (MD) dan Timbalan Urusan (TMD).
Terpalitnya LTH adalah kerana tindakan yang dalam persepsi umum sebagai ‘Menyelamatkan atau ‘bailout’ 1MDB seperti badan pelaburan ‘Government Investment Corporations’ (GICs) kerana semacam ada yang ‘mengarah’ dana-dana seperti KWAP, KWSP dan lain-lain lagi.
Terkini ialah kontroversi yang tercetus kerana sebuah konsortium 6 bank internasional, yang diketuai oleh Deutsche Bank, mahu mengambil tindakan mempercepatkan tuntutan bayaran balik melibatkan AS$975 juta (RM3.6 bilion) yang dipinjamkan kepada 1MDB.
Tindakan itu dibuat oleh Deutsche Bank kerana status cagaran yang digunakan oleh 1MDB ternyata dipertikaikan  dan tidak dapat dipertahankan (baca: palsu).
Cagaran 1MDB adalah asetnya (AS$1.103 bilion) dalam akaun Swiss private Bank, BSI Singapura yang melibatkan anak syarikatnya, Brazen Sky. Perkara ini didedahkan mutakhir ini tentang kenyataan palsu dari CEO Brazen Sky mengikut pihak berkuasa Singapura.
Isunya sangat kompleks untuk penulis rakamkan di sini kerana melibatkan beberapa langkah-langkah kewangan korporat seperti isu ‘put option’ dan sebagainya.
Yang penting dan perlu disebut ialah kedudukan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Apakah beliau menyediakan pinjaman itu kepada 1MDB ketika beliau masih berkerja dengan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), salah sebuah 6 internasional bank yang memberikan pinjaman kepada 1MDB?
Paling tidak isunya, ditakuti wujud ‘konflik kepentingan’ dan kepentingan 1MDB mungkin terjejas. Sangat kusut dan culas.
Ikuti seterusnya expose-pendedahan 1MDB yang dibongkar hampir setiap hari… Allahualam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.