`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 6, 2015

Anak Najib Kahwin Ikut Adat Mana?

'Adat kahwin mana satu, Bugis atau Minang?'


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin membangkitkan soal adat mana yang digunakan keluarga perdana menteri apabila keluarga pengantin lelakinya menanggung kos kenduri kedua-dua belah pihak.

“Mohon maaflah kalau saya keliru adat Melayu mana yang keluarga perdana menteri guna sehingga pengantin lelaki tanggung kos kenduri di kedua-dua belah pihak.

“Adat Melayu Bugiskah? Adat Melayu Minangkah? Atau adat orang Kazakh yang telah dibugis dan diminangkabaukan? ” soalnya.

Bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu juga pergi lebih jauh dengan membangkitkan soal keturunan pasangan negara itu.

Menyatakan soal keturunan Bugis Datuk Seri Najib Razak dan Minangkabau isterinya Rosmah Mansor, Kadir (atas) menyenaraikan salasilah keluarga pasangan itu.

Beliau juga menyenaraikan anak Najib dan Rosmah, termasuk daripada perkahwinan awal mereka.

Kadir juga menyatakan siapa ibu bapa pasangan pemimpin negara itu.

Kelmarin Pegawai Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor membidas Kadir dengan menyifatkan beliau ‘seorang Melayu yang kurang arif adat Melayu’ susulan isu penajaan menghadiri majlis perkahwinan Nooryana Najwa Najib dan pasangannya di Kazakhstan.

Rizal berkata adalah menjadi adat Melayu apabila pengantin lelaki menanggung kos perbelanjaan perkahwinan kedua-dua belah pihak sambil memberi contoh wang hantaran yang diberikan untuk digunakan keluarga pengantin perempuan untuk majlis kenduri.

Rizal dituntut perincikan kos

Dalam tulisan itu, Kadir juga menuntut Rizal supaya mengesahkan jumlah hantaran anak perempuan Najib yang didakwanya bernilai AS3 juta (RM11.1 juta) yang tidak termasuk dengan mas kahwin dan emas permata.

"Pagi ini satu sumber tepi jalan yang terbaca kenyataan itu memberitahu saya maklumat berikut yang saya minta Encik Rizal sahkan betul atau palsu iaitu hantaran kahwin anak Perdana Menteri adalah sebanyak AS$3 juta (kali 3.7 jadi RM11.1 juta).

"Ini tak termasuk mas kahwin dan emas permata. Kalau RM11.1 tentulah lebih daripada cukup.

"Untuk tidak menimbulkan syak wasangka seterusnya dan tidaklah perlu blogger macam saya mengutip maklumat di tepi jalan, eloklah Encik Rizal nyatakan secara terperinci jumlah hantaran tunai serta emas permata yang diterima oleh anak Perdana Menteri kita itu,” katanya.

Rizal, yang sudah enam tahun berkhidmat dengan Najib, mendakwa keluarga Daniyar Kessibayev menanggung semua kos kenduri di KLCC termasuk sebahagian tetamu untuk terbang ke Kazakhstan bagi majlis bertandang.

Dalam tulisannya juga, Kadir turut meminta Rizal mengesahkan sama ada terdapat anggota rombongan pergi Kazakhstan atas alasan lawatan kerja rasmi seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

"Saya mendapat tahu ada ahli rombongan pengantin ke Kazakhstan turut serta atas alasan ‘lawatan kerja rasmi’ yang diarahkan oleh kerajaan. Betul atau palsu?," soal Kadir.


- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.