`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 21, 2015

BEKAS TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI TIBAI KAW-KAW MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI MENTERI PELAJARAN MALAS TURUN PADANG.





PERGH!!!! Bekas Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ketua Pengarah JASA dan Ketua UMNO Bahagian Muar Dato' Dr Puad Zarkashi dalam akaun media sosial Facebooknya telah belasah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu sebuah sekolah di Keningau Sabah dalam keadaan cukup daif dan menyedihkan walaupun kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit untuk 1 Bestarinet kerana malas turun padang dan lapangan. 

Lebih memedihkan apabila beliau tibai Muhyiddin Yassin yang sudah menjadi Menteri Pelajaran masuk penggal kedua tetapi sekolah, asrama dan kuarters guru dipendalaman Sabah dan Sarawak masih tidak terbela dan ditakuk lama. 

"MASIH BELUM TERBELA. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya. Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman. Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.