`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 13, 2015

‘INI SALAH SATU SEBAB PM MARAH’

ahmad-said
(Sinar Harian) – Syarikat di bawah Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) didakwa pernah hendak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, urus niaga pelaburan itu hendak dilaksanakan ketika 1MDB mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008.
Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, pelaburan itu terpaksa ditarik balik berikutan pelbagai masalah yang timbul.
“….. ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.
“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) mengenai hubungan 1MDB dengan Kerajaan Negeri Terengganu pada sidang Dun ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sebelum ini,  1MDB dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi termasuk dakwaan hutang berjumlah RM42 bilion dan yang terbaharu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB.
Mengulas lanjut, Ahmad bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya telah menuntut kembali wang berjumlah RM1juta yang digunakan sebagai modal berbayar, ketika itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.