`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 16, 2015

PM Najib Akan Undur.. Inikah Tandanya?

Sambutan meriah sambut Dr M pulang dari Mekah, apakah ini tanda mereka sokong gesaan Dr M supaya PM Najib letak jawatan? Apa tindakan mereka seterusnya?


Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini daripada tanah suci Mekah selepas mengerjakan umrah disambut kira-kira 60 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), sebagai tanda sokongan kepada bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4 petang.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pertubuhan lain yang hadir termasuk dari Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), dan Ikatan NGO Malaysia.
Penyokong bersorak "Hidup Dr Mahathir" dan bersalaman dengan Dr Mahathir sebaik keluar daripada pintu pagar ketibaan lapangan terbang.

Zaid yang tiba seawal jam 3 petang yang ditemui pemberita berkata, kehadirannya hari ini bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya hadir bagi memberi sokongan dan mahu Dr Mahathir wajar meneruskannya," kata Zaid.

Dr Mahathir bertolak mengerjakan Umrah ketika kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hangat diperkatakan, ekoran pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada syarikat menanggung beban hutang tersebut.

Semalam, satu pesanan khidmat ringkas (SMS) tersebar yang menggesa supaya orang ramai hadir bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir hari ini.

"Jom sambut negarawan terbilang Tun Mahathir yang kembali dari Mekah bersama Tun Dr Siti ibu mithali negara pada 15 Mei Jumaat, jam 12.30pm di Subang Skypark Terminal.
"Tun M adalah insan mulia yang terlalu banyak jasa pada negara.
"Dihina, dikeji dan dikutuk namun Tun M meneruskan misi perjuangan yang belum selesai. Rakyat marhaen bersama Tun walaupun tidak diberi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Ayuh kita ke Subang Skypark," tulis SMS tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali yang ditemui berkata, mereka hadir sekadar menyambut ketibaan Dr Mahathir dan seperti orang ramai, beliau mahu isu 1MDB diperjelaskan.

"Seperti orang lain juga, kami juga ingin mengetahui tentang perkara dibangkitkan oleh Dr Mahathir dan perkara mengenai 1MDB," katanya.

Beberapa penyokong Perkasa juga membentangkan kain rentang tertulis "Selamat Pulang  Pahlawan Terbilang Tun Dr Mahathir Mohamad".

Khairuddin, antara pemimpin akar umbi Umno yang lantang membangkitkan isu 1MDB semasa bercakap kepada pemberita juga menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir dan mendesak penjelasan daripada Najib.

"Saya hadir hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir dan kerajaan perlu menjawab mengenai isu 1MDB," katanya.

Pemerhati politik hari ini melihat kepulangan dan sambutan yang diberikan kepada Dr Mahathir hari sebagai ulangan peristiwa tujuh tahun lalu, pada 2008 apabila Dr  Mahahir melancarkan serangan ke atas perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir juga sudah memberi kata dua kepada Najib supaya letak jawatan atau Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan kemungkinan hilang kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Dr Mahathir hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau memberikan ucapan tetapi hanya bersalaman dengan penyokong yang menyambutnya. (TMI)

Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini daripada tanah suci Mekah selepas mengerjakan umrah disambut kira-kira 60 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), sebagai tanda sokongan kepada bekas perdana menteri itu. Adakah sokongan ini bersetuju juga dengan gesaan Tun Mahathir itu supaya  PM Najib letak jawatan?  (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.