`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 8, 2015

Rompin dan Permatang Pauh- Keadaan Minda Orang Melayu maju dan subur.

Image result for Malaysia, GST and THE-1MDB dealImage result for Rompin and P Pauh by-electionsImage result for Rompin and P Pauh by-elections

Keadaan minda orang Melayu sihat rupa2 nya. Jumlah orang Melayu berminda UMNO makin berkurangan. Siapa mereka ini?Nanti kita beritahu.

Bangsa lain di Malaysia sudah lama bersedia membebaskan minda mereka dari kebiasaan. Mereka bukan Islam- tapi telah lama mempraktikkan salah satu rahsia puasa( sebab puasa akan datang) yakni meninggalkan kebiasaan( makan, minum dan berkelamin dll).

Jenerasi Melayu yang bersedia meninggalkan kebiasaan bergantung dan berpaut kepada UMNO semakin meningkat. Di Rompin kumpulan mereka menyebabkan Dato Hassan Ariffin dapat undi kurang dari yang pernah dicapai oleh arwah JJ. Pada waktu yang sama, saya tidak pelulah sebut penyokong Arwah JJ yang tidak sokong Hassan Ariffin.

Di Permatang Pauh, golongan yang sedia meninggalkankebiasaan bergayut kepada UMNO mengesahkan sikaplawan mereka.

Maka 2 perkara ini- pertambahan jenerasi yang sedia merungkai belengu ikatan dan kesediaan mengesahkan dan mengonfirmkan pendirian- menyebabkan saya berfikir- the state of the Malay mind adalah subur dan penuh potensi.

Siapa yang dapat menfaedahkan keadaan inilah yang akan disokong oleh pengundi melayu. 


Golongan minda UMNO ini macam mana?

1.   Golongan ini termasuk yang percaya kalau kerajaan bertukar- pencen tak dapat.

2.   kalau UMNO bukan kerajaan penjawat awam kena berhenti

3.   kalau UMNO tak ada,  orang Melayu akan terbiar

4.   kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan diancam

5.   dan kalau UMNO taka da, inistutsi Raja Melayu akan hilang.

6.   Kalau UMNO takde, GST yang ‘baik’ itu akan hilang

7.   Kalau UMNO tak ada, rakyat tak mahu mana nak bayar saman kereta.

8.   Kalau UMNO tak ada, ramai orang rindukan Ahmad Maslan, Shabery Chik, Hassan Malek dan Ismail Sabri.

9.   Termasuk dalam kumpulan ini, para pemimpin umno yang mengkakak-tuakan blue ocean strategy. Benda ini dah 10 tahun basi tapi masih diulangi sehinga meloyakan tekak pendengar.

Itu antara nya.


Saya ahli DAP- saya mahukan institusi raja berpelembagaan terus hidup kerana institusi itu sebahagian dari budaya saya orang Melayu. Yang berfikiran seperti raya ramai dalam negara ini dan kian meningkat. Dan saya rasa, institusi Raja Melayu akan menyesuaikan diri mereka se-ikutnya.

Hanya mereka mesti mulakan dengan meleraikan diri mereka dari belengu minda UMNO. Insitusi Raja Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang2 serta demografi Melayu. UMNO sahaja yang mengada ngada mengstiharkan mereka pelindung yang lebih baik.

Kita semua tahu rekod UMNO puluhan tahun yang lalu. Ianya membuktikan bahawa apa yang pernah dilakukan oleh UMNO ketika itu tidak salah dari segi undang2. . Tidak ada seorang pun didakwa. Mungkin KPN perlu membaca sejarah daalm perkara ini.

Perkara yang tidak diduga telah pun berlaku. Sultan Johor telah menyuarakan bantahan rakyat mengenakan cukai GST terhadap perkhidmatan mereka. Bisnes kerajaan bukan berniaga. Mereka memberi khidmat social. Nyatalah dalam hal ini, Sultan Johor lagi cerdik dari orang UMNO. 
Kalau Sultan Johor bertitah GST tidak masuk akal- akal promoter GST bagaimana? 

Kemudian sultan johor juga menyokong bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Ini suatu pemikiran yang anti fikiran minda UMNO. Nyatalah Sultan Johor mahukan rakyat Johor khususnya dan pendengar titah nya diseluruh negara lebih pandai dari tahap kepandaian yang UMNO mahukan.
Bayangkan- berapa ramai ahli UMNO kena masuk kelas orang dewasa seperti zaman Tun Razak. Alif tendang mim, jadi sarkas. 
Tapi untuk majoriti orang Melayu diseluruh negara, Melayu yang mengundi di Rompin dan Permatang Pauh, menunjukkan jalan selamat untuk orang Melayu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.