`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 24, 2015

Dua Kali Gagal Jumpa Justo - IGP Jangan Malukan Negara

KPN, jangan ‘kantoi’ dan malukan Malaysia di Thailand, pesan DAP 


Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya sedia maklum akan prosedur bagi bertemu bekas pengarah PetroSaudi International itu yang kini ditahan di Thailand atas tuduhan cuba memeras ugut majikannya, berhubung dokumen sulit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.


Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak terus memalukan Malaysia di mata dunia apabila gagal bertemu Andre Xavier Justo di Thailand buat kali kedua.

Menurutnya, Khalid sepatutnya sedia maklum akan prosedur bagi bertemu bekas pengarah PetroSaudi International itu yang kini ditahan di Thailand atas tuduhan cuba memeras ugut majikannya, berhubung dokumen sulit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ia amat memalukan bagi kita membaca dalam akhbar yang ketua polis kita gagal buat kali kedua dalam percubaannya bertemu Justo.

"Ia lebih memalukan apabila membaca yang polis Thai menggesanya 'menggunakan saluran sesuai', antaranya Kementerian Luar Negeri," kata ahli Parlimen Puchong itu, dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Gobind, Khalid perlu patuh kepada undang-undang seperti orang lain kerana beliau bukanlah berada di atas undang-undang.

"Maka beliau perlu bertindak dalam kerangka undang-undang atau bersedia menghadapi tindakan seperti kebiasannya di sini," kata Gobind.

Beliau turut mengingatkan Khalid sebarang bukti yang diperoleh daripada Justo secara tidak sah mungkin tidak boleh digunakan di mahkamah kelak.

Pihak berkuasa Thailand hari ini sekali lagi menolak permintaan polis Malaysia untuk menyoal Justo atas dakwaan menawarkan untuk menjual maklumat rahsia berkaitan syarikat sarat hutang 1MDB, lapor Bangkok Post.

Sebaliknya, Ketua Polis Thailand Somyot Poompunmuang berkata, Justo bukan warganegara Malaysia dan menasihatkan rakan sejawatannya, Khalid menggunakan saluran yang betul, termasuk Kementerian Luar.

Thailand sebelum ini menolak permohonan sama oleh Bukit Aman pada 16 Julai.

Laporan itu berkata pada mesyuarat itu, diplomat dan polis dari Kedutaan Malaysia di Bangkok bertemu Somyot dan bertanya jika mereka boleh bertemu dan merekodkan kenyataan daripada Justo.

Ia sebelum ini melaporkan Khalid adalah sebahagian daripada delegasi Malaysia.

Reman Justo adalah sehingga 15 Ogos.

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpusat di Arab Saudi yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB. – 24 Julai, 2015

-themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.