`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 27, 2015

Firasat: Pembohongan Berterusan The Edge Tak Membantu UMNO Juga

news_10572
MENURUT firasat satu pihak, tindakan kerajaan (mengikut undang-undang) menggantung permit akhbar The Edge selama 3 bulan, tidak akan membantu dalam mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.
Selama menjadi penulis politik, tidaklah penulis tahu tentang kewujudan firasat dalam politik ni, bukan duduk dalam zaman Nujum Pak Belalang.
Untuk makluman, yang bercakap ini adalah pihak dalaman UMNO sendiri yang tidak ke depan bila Perdana Menteri diserang, hanya bermati-matian bila ketua puaknya jadi cemuhan dan dia sendiri tu jadi mangsa fitnahan (kot ada la pulak perkataan itu).
Dari cara dia bercakap, seolahnya kalau pembohongan demi pembohongan yang disebarkan The Edge berterusan, ia boleh mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO.  Yang dia tak tahu, makin jauh lagi adalah.
Apatah lagi jentera Pemuda UMNO yang sepatutnya mempertahankan institusi Presiden parti itu sendiri, tidak berfungsi seperti yang sepatutnya – lagilah cepat fitnah itu menjadi hadaman, maklum sajalah, takde yang nak melawan.
Memandangkan penggantungan The Edge ini adalah mengikut undang-undang, penulis minta pihak yang berkenaan agar diam, firasat firasat ni semua boleh simpan.  Tak boleh selesai masalah tak apa, jangan jadi sebahagian dari masalah.
Hakikatnya undang-undang kita cukup adil.
Peluang The Edge untuk mendapat keadilan sekira berasakan tindakan kerajaan ini tidak wajar, tidak dinafikan.  Orang yang berkenaan pun boleh menjadi peguam The Edge di Mahkamah kalau dia mahu, nak ikut firasat sangat kan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.