`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 25, 2015

Nak "defend" Rosmah pun, bior la cerdik tak membodek


Najib dan Rosmah jadi sangat teruk kerana orang keliling mereka. Ada yang sangat kuat mengampu sama ada untuk mengekalkan jawatan atau pun mendapat pembahagian atau kedudukan yang lebih baik. Ada juga yang mengampu dengan berlagak serta menonjolkan diri sebagai pembela tulen dengan hujah-hujah yang layak dimasukkan ke lubang jamban.

Tajuddin Rahman adalah salah seorang daripada puak berkenaan.

Mungkin berasakan dan melihat Rosmah sebagai kunci sebenar untuk dia mengekalkan jawatannya sama ada dalam GLC mahupun UMNO, Tajuddin Rahman cuba melakukan pembelaan dengan menyatakan Rosmah Mansor boleh mengumpulkan wang RM2 juta dalam akaun peribadinya dengan menjadikan nyonya penjual sayur sebagai sumber ilhamnya.

Ingatkan dah jadi Ahli Parlimen Pasir Salak berpenggal-penggal dan kemudian menjadi pula Pengerusi FELCRA, Tajuddin Rahman dah cukup pandai untuk mengeluarkan hujah.

Rupa-rupanya, hujahnya dan jawapan kepada tohmahan serta fitnah puak pembangkang, tidak lebih daripada menghulurkan tengkuk untuk dikerat dan dipancung.

Barangkali lebih tepat lagi kalau dikatakan, inilah yang dinamakan sebagai PENYOKONG MEMBAWA REBAH.

Apa yang susah sangat tentang duit RM2 juta dalam akaun peribadi Rosmah itu. Dengan transaksi pula sangat hampir dengan tarikh perkahwinan serta persandingan anak perempuannya yang gilang-gemilang, ditambah pula dengan penekanan bahawa upacara perkahwinan gilang-gemilang itu dibiayai oleh besannya dari Kazakstan, ditambah pula dengan memang sudah menjadi budaya dan adat yang pengantin serta keluarga pengantin lelaki akan membiayai urusan kenduri kendara pengantin perempuan,sudah tentulah wang tersebut mempunyai kaitan dengan keluarga besan dan majlis perkahwinan anak perempuannya.

Yang pi melalut sampai ke nyonya penjual sayur tu, kenapa?

Agak-agaklah kalau nak membodek pun...

Biar usia tua mematangkan hujah, bukan makin tua dan makin lama bergayut pada kuasa, makin bodoh dan bongok!

Selangor Chronicle  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.