`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 29, 2015

Pengguguran Muhyiddin: Orang Johor Marah


Dua laman facebook yang menunjukkan sokongan kuat daripada golongan muda terhadap veteran UMNO yang merupakan anak Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Facebook


JOHOR BAHRU, 28 Julai:

Kebanyakan penduduk Johor terutama generasi muda, meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial selepas berita pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan, tengah hari tadi.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Muhyiddin, 68, anak kelahiran Johor dan veteran politik UMNO yang menunjukkan prestasi yang membanggakan semua penduduk negeri itu.

Antara laman Facebook penyokong kuat Johor adalah laman bukan politik ‘Persatuan Bangsa Johor’ yang mempunyai lebih 155,000 pengikut.

Facebook berkenaan aktif dengan enam posting dalam Bahasa Melayu mengenai Muhyiddin digugurkan dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Postin pertama dimuat naik pada jam 2 petang selepas rombakan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ramai penduduk Johor yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan perdana menteri yang menggugurkan nama Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh.

Ada yang memberi komen, UMNO bermain kotor dan meminta ahli UMNO Johor supaya bersatu dan meninggalkan parti sebagai menyokong Muhyiddin.

Antara komen Facebook yang lain adalah dari Zam Seekers yang meminta penduduk Johor bersatu menentang UMNO: “Ayuh Bangsa Johor, bersatu kuburkan UMNO.”

Seorang lagi netizen, Nazir Nordin Ibrahim mengesyorkan bagi meyokong Muhyiddin, UMNO Johor perlu keluar parti dan bergerak secara berkecuali.

“Pusat akan tumbang, support TSMY,” katanya.

Ada juga yang berkata, apa yang berlaku pada Muhyiddin sama dengan yang berlaku kepada timbalan perdana menteri sebelum ini, antaranya Tun Musa Hitam.

Walau bagaimanapun isu pemisahan Johor dari Malaysia, masih lagi tema popular yang dibincangkan.

Hairul Nizam dalam komennya meminta penduduk Johor menolak politik parti dan sudah tiba masanya Johor keluar dari Malaysia.

Ada juga yang menggesa penduduk Johor menolak mana-mana parti politik dan kembali kepada kerajaan beraja secara total.

Walaupun tidak disebut yang Muhyiddin masih lagi memegang jawatan dalam parti UMNO sebagai timbalan president, jawatan itu bukan dilantik dan bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi.

Muhyiddin berasal dari daerah Muar dan merupakan anak guru agama terkenal di Johor.

Beliau menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya sebelum kembali ke Johor untuk berkhidmat sebagai anggota Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan kemudian menjawat beberapa jawatan sebagai pengurus kanan di sektor swasta.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Johor kemudian bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978 yang disandang selama dua penggal sehingga 1986.

Beliau juga pernah menjawat timbalan menteri di dua kementerian.

Beliau kemudian bertanding untuk kerusi DUN Bukit Serampang dan menang. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1986.

Selepas tugas menteri besar, Muhyiddin kembali menjawat beberapa portfolio sebagai menteri penuh sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada April 2009.

Beliau turut menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Sebagai ahli politik veteran UMNO, Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Presiden sejak Mac 2009.

Ahad lalu, Muhyiddin mula bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika majlis penutupan mesyuarat Bahagian UMNO Cheras.

Beliau dilaporkan tidak berniat jahat dalam menyokong siasatan 1MDB dan berkata perlu berkata benar dalam memberikan pandangan.

Beliau turut berkata perdana menteri perlu secara peribadi menerangkan isu berkenaan kepada umum.

Susulan itu, terdapat khabar angin bahawa Muhyiddin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

- http://bm.therakyatpost.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.