`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 27, 2015

Persepi Tidak Bertambah Baik Dgn Berkata “BN Akan Kalah Esok”

muhyidin_najib
DIKATAKAN bahawa Perdana Menteri dikelilingi oleh penasihat dan pegawai yang tidak berguna.  Selalu bagi nasihat salah kata mereka.
Sejauh mana kenyataan itu betul, masih boleh didebatkan kerana dari pandangan dan penglihatan, tidak ada kenyataan Datuk Seri Najib yang boleh diguna untuk melemahkan UMNO, setakat spin spin biasa macam itu sajalah, majoritinya tidak pernah disebut beliau pun.
Penulis dalam masa yang sama, tidak pasti penasihat dan pegawai bagaimana pula yang mengelilingi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganjurkan jika beliau berkata ‘BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok”, ia adalah satu cara untuk memberi persepsi positif kepada BN?
Agaknya penasihat dan pegawai yang sama juga yang menganjurkan dengan berkata “Saya Melayu Dulu, Malaysia Kemudian” akan meningkatkan imej beliau sebagai pemimpin untuk rakyat berbilang kaum di negara ini.
Mungkinlah, penulis tidak tahu.
Tapi yang penting penulis nak cakap, nasihat itu salah.  Ia tidak langsung membantu, menambah buruk lagi ada, terutama bila hanya sekerat saja yang diambil sebagai tajuk, sekerat lagi tak disebut, tapi begitulah permainan persepsi.
Muhyidin penulis rasa tahu, tapi entah kenapa, beliau masih memilih untuk menyebutkannya sekalipun tahu ia akan diputar belitkan.
Penulis akui, kebenaran kadang kala memang pahit, tapi ada cara mengendalikannya.
Kita tidak akan cerita kulit bapak kita berpanau kepada orang lain sekalipun itulah kebenarannya.  Komando tentera yang ditangkap, tidak akan menceritakan strategi pasukannya kepada musuh sekalipun itulah kebenarannya.
Faham maksud cakap tu?
Cheras adalah kawasan yang BN memang tidak pernah menang zaman berzaman.  Buruk-buruk Bukit Bintang pun calon BN pernah menang sekali disitu tapi Cheras seingat penulis tidak pernah.
Zaman cemerlang tak pernah, zaman tak berapa nak cemerlang apa lagi.
Justeru, jika yang dirujuk Muhyiddin bila berkata “BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok” adalah kawasan Cheras, maka itu masuk akal.  Memang kalau ikut bacaan sekarang, Cheras adalah kawasan yang kita tida boleh menang untuk satu jangka masa yang panjang.
Tapi, tak pula kita bagi mereka menang tanpa bertanding, betul gitu Tan Sri?
Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni.  Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan UMNO/BN, kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada UMNO/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi Timbalan yang setia, ikut macam nasihat dibawah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.