`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 20, 2015

SEKAT SARAWAK REPORT LAMBANG KEBODOHAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTI-MEDIA



Apakah asas menteri komunikasi dan multi-media menyekat portal sarawak report di negara kita?! Yb dato seri ahmad shaberry cheek nampak sangat kurang cerdik dan takut pada bayang-bayang sendiri!!

Kita tak perlu sekat portal sarawak report kerana negara kita tertakluk dengan pelbagai akta komunikasi dan multi-media yang mana kementerian boleh ambil tindakan selaras dengan undang-undang negara sekiranya mana-mana portal melanggari peruntukannya!!

Apa yang mengancam keselamatan negara?! Sarawak report sedang mengasut rakyat di negara kita untuk berbalah di antara kaum ke?! Sarawak report mempertikaikan hak orang-orang melayu ke?! Sarawak report mencabar kedaulatan raja-raja melayu ke?! Sarawak report menyokong pergerakan anasir isis ke?!

Apakah kementerian komunikasi dan multi-media sudah mempunyai bukti sahih yang sarawak report menulis berteraskan matlumat palsu dari justo kononnya?! Apakah semua penulisan di dalam artikel sarawak report bersumberkan dari matlumat justo?!

Matlumat justo hanyalah bersangkutan dengan petrosaudi saja!! Skandal 1mdb merentasi isu-isu petrosaudi yakni membabitkan skandal kewangan dalam bidang hartanah, aset janakuasa, pembelian tanah serta bidang-bidang pelaburan lain juga!!

Isu petrosaudi adalah sebahagian kecil dari salah-urus dan perbelanjaan dana 1mdb secara tidak telus.

Sarawak report dan wall street journal tetap pertahankan artikel mereka!! Jadi apa tindakan selanjutnya Perdana Menteri kita?!

Kalau sarawak report menulis berteraskan fitnah terhadap Perdana Menteri maka dato sri najib harus buat laporan polis seterusnya ambil tindakan undang-undang keatas editor sarawak report!! Tapi malangnya dato sri najib tidak berani membuat sebarang laporan polis dan mengambil sebarang tindakan undang-undang keatas sarawak report!! Kenapa dato sri najib takut nak lapor polis serta ambil tindakan undang-undang keatas clare brown??!! Pelik sikit!!

Sepatutnya saman malu terus tetapi bukan menghantar surat peguam hanya untuk meminta penjelasan!! Ini amat lucu!!

Siasatan pun belum dijalankan keatas sarawak report secara komprehensif oleh pihak berkuasa thailand ataupun malaysia; malangnya portal ini telahpun disekat!!

Situasi dan keputusan ini amat memalukan negara!! Malaysia akan ditertawa oleh dunia luar dengan menyekat laporan sarawak report.

Kini satu dunia ketawa terhadap negara malaysia!! Perdana Menteri berapi-api kata kita sedang menuju kearah negara maju tetapi tindakan yb dato seri ahmad shaberry cheek adalah disebaliknya!!

Yb dato seri ahmad shaberry cheek ketika dalam parti 'semangat 46' cakap pasal prinsip perjuangan secara berapi-api tetapi bila menjawat jawatan menteri nampak sangat beliau amat tidak bijak serta tidak bernas di dalam membuat keputusan!!

Kemungkinannya, beliau pun salah seorang kaki bodek minda lemah berotak udang yang sanggup mengambil tindakan keatas seseorang atau pertubuhan yang belum diputuskan bersalah!! Inilah kualiti menteri 'half past six' malaysia!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.