`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 2, 2015

Selepas Bogel Di Gunung Kinabalu, Kini Bogel Di Cameron Highland Pula



TERBARU! Berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki telah mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland tetapi tidak dapat dipastikan samaada rakyat Malaysia sendiri atau pelancong asing.

Di dalam gambar tersebut (tidak dapat dipastikan bila berlaku) menunjukkan seorang lelaki berkacamata telah mengambil beberapa keping gambarnya berlatar belakangkan papan tanda yang tertulis Brinchang 2.35KM bersama bendera Malaysia dibelakang.

Dia menggayakan pelbagai aksi antaranya menutup bahgian sulitnya dengan papan tanda yang tertulis Gunung Irau. Perbuatan seperti ini amatlah biadap dan tidak boleh dibiarkan terus berlaku,.

Perlukah tindakan keras diambil terhadap lelaki ini dan mana-mana individu yang melakukan aksi seperti ini supaya tidak berleluasa di negara kita.?

Selepas bogel di atas Gunung Kinabalu, kini di Gunung Irau pula, adakah berbogel di tempat yang dilawati sudah menjadi trend di kalangan pelancong dalam atau luar negara? 

(Sumber Siakapkeli.my)(ibnu hashim)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.