`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 24, 2015

YB LOMPAT PARTI… MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA

pr-kweliru_400_260
(Agenda Daily) – Ikut kempen mereka dalam beberapa kes sebelum ini, polisi pakatan pembangkang kepada wakil rakyat yang melompat parti adalah kosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket parti sebelumnya.
Hujah mereka baru ‘adil dan saksama’ supaya rakyat dapat memilih semula kerana sebelum ini yang dipilih adalah parti bukan individu.
Itu cerita atas kertas… ramai tunggu nak tengok apa kisah dengan dua ADUN dan seorang MP PAS Selangor yang umum sertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Hendak letak jawatan sebagai wakil rakyat atau tidak ?
Ketiga-tiga mereka adalah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.
Sekarang ketika berdepan situasi ini… dan yang lompat itu menguntungkan PKR dan DAP… apa hujah mereka pulak?
Apakah masih kekal dengan prinsip setiap YB melompat perlu letak jawatan atau sebab geng dan untung maka dibiarkan sahaja.
Bagi PAS Selangor, pendirian mereka jelas, iaitu mendesak mana-mana ahli Parlimen atau Adun negeri itu yang mahu berpindah parti segera membuat pengisytiharan dan mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat dalam menentukan tindakan yang bakal dikenakan ke atas pemimpin yang melompat parti.
“PAS Selangor mendesak mana-mana Adun atau MP di Selangor yang mahu berpindah parti supaya berani mengisytiharkan diri dan mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket Pas.
“Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS? Kenapa perlu berselindung? Apa saja bentuk tindakan yang bakal di ambil terhadap Adun dan MP yang melompat, PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada 13 Julai lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan Harapan Baharu bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Antara yang dikatakan hadir pada majlis itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Mengulas soal kenyataan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut soal perancangan untuk membentuk Pakatan yang baharu dengan kerjasama Harapan Baru itu, PAS Selangor menyifatkan ia tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.
“Berhubung kenyataan Anwar Ibrahim tentang pembentukan Pakatan Baru, PAS Selangor melihat ia tidak akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan yang sedia ada. Kita akan terus kekal dalam Kerajaan Selangor yang ada,” katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pula mahu tiga wakil rakyatnya yang bertindak melompat parti Harapan Baru untuk tampil menjawab kepada rakyat kerana bertanding dalam PRU13 mengguna tiket dan logo PAS.
Sinar melaporkan Iskandar berkata keputusan ketiga-tiga wakil rakyat wajar dijelaskan kepada rakyat bukannya kepada PAS.
“Sepatutnya mereka perlu jawab kepada rakyat sebab ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan bertanding atas logo dan tiket PAS dan kini memilih untuk lompat parti.
“Jawab kepada rakyat bukan kepada kami (PAS), perkara itu lebih penting,” katanya.
Iskandar yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan, PAS belum mengeluarkan sebarang arahan berhubung tindakan disiplin yang bakal diambil terhadap ketiga-tiga wakil rakyat berpaling tadah berkenaan.
“Kita belum ada lagi arahan untuk ambil apa-apa tindakan, belum bincang lagi malah parti juga belum memanggil mereka.
“Hari ini kami adakan mesyuarat biro politik PAS untuk bincang dan putuskan tindakan susulan yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.