`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 19, 2015

1MDB= 1 Melayu Dapat Berbiliun.

Image result for najib and 1mdb

Yang pertama:
Nampak nya, kita  tidak terlindung dari kenyataan bodoh menteri dalam cabinet Najib. 
Ada menteri kata sabotaj ekonomi adalah perbuatan durhaka.

Jika demikian, orang yang paling durhaka di Malaysia ialah PM Najib sendiri. Dia yang menyebabkan 1MDB dan segala musibah yang lahir dari isiu 1MDB termasuklah kejatuhan Ringgit.

Dia yang bawak keluar masuk berbilion Ringgit menyebabkan Ringgit jatuh sehingga RM4 kepada 1 Dollar Amerika. Sehingga 1MDB sekarang disebut orang 1 Melayu Dapat Berbillion.

Dia yang menyebabkan kejatuhan saham Felda jatuh kepada RM1.60 sekarang. Dia yang menyebabkan kos hidup naik. Dia menyebabkan rasuah tidak terkawal.

Najib penyebab sabotaj ekonomi yang tertutama kerana incompetence nya sendiri.

Jadi jika PM Najib pensabotaj ekonomi dan pendurhaka yang terulung, apa kita hendak buat? Kita beritahu MP2 kita, singkirkan Najib.
Yang Kedua

Kemudian kita ada TPM kita. Aduh. Kadang2 saya nak tanya- Phd Zahid Hamidi ini dia yang buat atau bukan? Atau ada orang lain yang tulis thesis nya? Atau kalau dia buat course work dia lulus atau tidak?

Saya tanya demikian kerana selalu kita lihat Zahid mengeluarkan kenyataan yang dangkal yang gagal menampakkan kehalusan jalan-fikir yang sepatutnya ditempa oleh ijazah Phd.

Tapi tak kisah-lah-itu bukan isiu besar. Kuasa dan kekayaan mengimbangi malah menyembunyi kedangkalan kita. Orang bercakap dengan penuh otoriti kalau ada kuasa dan kekayaan.

Si peneroka yang haramjadah kalau bercakap mustahil mahu didengari berbanding dengan cakap Zahid Hamidi,kaya dan kuasa. Walaupun Zahid kelentong, orang tetap percaya. Terutama ahli UMNO.

Cuba para pembaca jawab soalan ini. Adakah ianya kesalahan undang2 jika satu kumpulan ahli parlimen berkumpul dan berbincang mengenai masaalah negara yang disebabkan oleh Najib? 
Dan dari perbincangan tersebut, mereka berfikiran bahawa si Najib ini mesti dikeluarkan dari  terus memusibahkan negara. Nahas negara jika Najib terus jadi PM.

Bagaimana melakukan demkinan? Salah satu cara ialah melalui pilihanraya. Tapi sekarang kita tahu, Najib rupa2 nya guna wang yang banyak untuk membiayai pembelian pengundi. Dan PRU lama lagi dan tempoh tersebut akan membolehkan Najib menjahanamkan negara.

Undi tidak percaya dibenarkan oleh undang2. Tapi seperti kata Dr Mahathir, ia sukar. Kerana MP kena beri notis kepada speaker dan speaker boleh menolaknya. Dan speaker boleh beri notis kepada MP kerajaan untuk mempertahankan boss mereka.
Atau kerana Boss ada banyak wang- RM2 billion baki atau RM 4 billion dari KWAP untuk beli lombong arang batu tapi kita tak tahu kemana wang tersebut pergi, dia boleh beli semua MP BN. 

Bukan susah. Bayar RM3 juta untuk 134 MP,  baru hanya 402 juta. Tak sampai separuh dari RM2 billion baki dari 2.6 billion derma pak Arab yang baik hati. Sedakah. Shukran. Jazakallahu hairan kathiro .

Zahid tidak perlu sembunyi sembunyi. Jangan gabra. Kedudukan siapa yang dia takut hilang?

Saya hairan- jika mengikut cerita Zahid yang diperolehi dari ejen yang ditanam dalam dalam dikalangan MP2 , ada seorang tokoh tua UMNO yang sedang berusaha mendapat akuan bersumpah dari sejumlah bilangan MP untuk mengeluarkan Najib.

Soalan pertama kita kena faham ialah- jika ianya dilakukan oleh tokoh UMNO dan ianya berjaya, ini bermakna yang mengetuai kerajaan ialah UMNO sendiri. Jika UMNO yang berkuasa, apa yang menggabrakan Zahid?

Agaknya, jika tokoh tua UMNO itu berjaya, Zahid yang tidak ada tempat. Orang macam Zahid tidak tempat. Siapa yang hendak beri tempat kepada orang yang koro minda seperti Zahid? Maka dia gabra, sebab dia amat ketakutan kehilangan jawatan TPM nya.

Jika Zahid ada ejen yang ditanam dalam dikalangan MP, maka ejen yang serupa mendedahkan bahawa Zahid sendiri bertemu dengan Dr Mahathir pada suatu petang. Dan saya percaya pertemuan itu bukanlah untuk Zahid guna untuk warning  supaya Dr M diam. Kita pun hendak tahu apa yang dibincangkan oleh Zahid.


Yang Ketiga.
Kembali kepada ‘komplot’ tadi. Agaknya Zahid tdak pernah faham konsep undi tidak percaya. Atau dia tidak pernah dengar konsep impeachment. Atau tak faham the right to recall atau right of recall. Ini semua instruments sahih dalam amalan demokrasi dan tidak melanggar undang2.

Dan di negara kita ini, undang2 seperti yang sudah diperakui oleh mahkamah persekutuan ialah cara menukar kerajaan macam negeri Perak adalah sahih.

Apa dia? Yakni seorang ketua kumpulan ahli dewan hanya perlu mengadap Raja dan menyembahkan kepada Raja bahawa dia memiliki kepercayaan majority ahli dewan. Dan buktinya ialah dia ada akuan bersumpah dan perakuan2 lain dari sebahagian majority ahli dewwan.

Dan jika raja puas hati diatas persembahan tersebut, maka raja pun menerima bahawa ketua kumpulan tersebut, ternyata ada sokongan majority. Dan perakuan tersebut tidak perlupun di uji dalam sesi sidang dewan. 
Raja Melayu hanya hendak tahu, kerajaan yang dibentuk kelak, adakah ianya diketua oleh Melayu? dan saya percaya tokoh tua UMNO yang disebut oleh Zahid ialah orang Melayu. 

Jika benar seperti yang diceritakan oleh zahid Hamidi, maka dimana salahnya apa yang dilakukan oleh tokoh tua UMNO itu?

Raja atau Sultan bila meneliti persembahan yang dikemukakan oleh ketua kumpulan ahli dewan tidak pun bertanya dan selidik sama ada akuan bersumpah tersebut diasaskan diatas lies, innuendoes, insinuations and fabricated allegations supported by doctored evidence?

Ayat dalam huruf condong datang dari artikel RPK- Malaysia Today. Sultan atau Raja tidak perlu selidik sama akuan bersumpah ahli dewan dibentuk oleh pembohongan, keneng2, pertuduhan yang direka dan dosokong oleh bukti yand diuli uli.

Tidak perlu- yang perlu hanya faham bahawa akuan dari MP itu adalah pembayang suara rakyat Malaysia. Dan rakyat Malaysia hari ini tidak ada yang sayang kepada Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.