`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 9, 2015

Anwar tetap calon perdana menteri kami, kata DAP

Pemimpin DAP dan PKR hadir di luar Penjara Sungai Buloh hari ini bagi menyambut ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-68. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Ogos, 2015.Pemimpin DAP dan PKR hadir di luar Penjara Sungai Buloh hari ini bagi menyambut ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-68. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Ogos, 2015.
Meskipun Pakatan Rakyat (PR) sudah berkubur, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadi calon perdana menteri pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.
Beliau berkata, keputusan mempertahankan Anwar menjadi calon perdana menteri berdasarkan keadaan  politik di negara ini, di mana bekas ketua pembangkang itu dilihat dapat menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang berlaku kini.
"Anwar menjadi mangsa penganayiaan, beliau dalam tahanan (penjara) dan jelas menjadi mangsa tahanan poltik. Betapa penting Anwar ada dengan kita.
Lim memberitahu The Malaysian Insider, beliau yakin ketetapan untuk Anwar  menjadi calon perdana menteri juga akan dipersetujui parti politik baharu yang bakal ditubuhkan, Gerakan Harapan Baru (GHB).
"Sungguhpun tidak ada lagi Pakatan Rakyat, tapi satu gerakan baharu yang ditubuhkan dengan penyertaan parti politik baharu dan kita yakin tidak akan ada masalah untuk itu.
"Kita belum tubuh (pakatan pembangkang), kita tubuh dulu dan baru lihat bagaimana," katanya.
Setelah berdepan dengan polemik politik dalaman berterusan bersama PAS, DAP pada 16 Jun lalu mengumumkan perpecahan PR yang berusia hampir 7 tahun.
Ia kemudian disusuli kekalahan pemimpin progresif PAS dalam muktamar tahunan parti itu, yang menyaksikan bekas timbalan presiden parti Islam itu Mohamad Sabu tewas, sebelum mengumumkan penubuhan GHB.
GHB merupakan platform bagi penubuhan parti politik baharu yang bakal kerjasama dengan DAP dan PKR.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.