`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 17, 2015

AWAS…PENYEBARAN SENARAI MP BN TERLIBAT KOMPLOT

bn-senaraifitnah_400_260
(Agenda Daily) – Seperti yang dijangka sudah ada yang gatal tangan. Memanglah dalam keadaan sekarang ini bukan susah nak kipas kasi panas,nak laga dan cetus syak wasangka.
Gara-gara isu komplot nak guling kerajaan guna surat akuan bersumpah seperti didedah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi – sudah ada senarai konon 20 Ahli Parlimen BN yang terlibat nak lompat.
Entah kerja siapa, pagi Isnin didapati senarai disebar menerusi media sosial,Whatapp dan sebagainya.
Bukan setakat gambar 20 Ahli Parlimen yang didakwa konon terlibat malah lengkap dengan penerangan yang memetik ‘sumber yang layak dipercayai’ untuk menguatkan cerita.
Untuk goreng bagi lebih syok, satu sebaran letak logo sebuah akhbar arus perdana seolah akhbar berkenaan yang melaporkan hal itu.
Namun melihat sepintas lalu senarai berkenaan jelas bukan saja meragukan malah tidak ada lojik.
Sementara itu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dalam ulasan ringkas mengenai perbuatan ini menyifatkan penyebaran itu satu spekulasi yang bahaya.
“Ia fitnah jelas di alam maya sedangkan tidak ada asaspun,” katanya kepada Agendadaily.
Beliau kesal berita palsu begini disebarkan dan menghina institusi Parlimen.
Lebih teruk, cuba nak babitkan media arus perdana.
Katanya laporan polis akan dibuat dan meminta SKMM siasat ambil tindakan.
Shahrir kata BNBBC akan adakan satu sidang akhbar khas mengenai hal ini di bangunan Parlimen petang esok, Selasa.
Dalam perkembangan berkaitan,Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Klang,Isnin  jamin tidak ada seorang pun dari lima Ahli Parlimen BN Selangor terlibat komplot guling kerajaan.
Selain Noh selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang, empat lain ialah Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor), Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan P. Kamalanathan (Hulu Selangor).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.