`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 2, 2015

Beranikah PKR & DAP Dedah Punca Dana Politik Masing-Masing?


maxresdefault
SEJAK cabaran dilontarkan semalam, penulis tidak mendengar lagi (setakat artikel ini ditulis mana-mana pemimpin pembangkang dari DAP & PKR tampil menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak untuk mendedahkan sumber dana politik yang diterima mereka.
Tidak seperti cabaran-cabaran lain sebelumnya, pemimpin pembangkang cepat saja menyambut tapi tidak dalam soal sumber kewangan untuk tujuan politik ini, dimana DAP dan PKR katanya begitu kuat menentang.  PAS tidak pulak begitu kerana kita tahu dana politik mereka datang dari tin-tin milo.
Persoalannya, apa yang susah sangat?  Kita (UMNO) dah menjual dah ni, mereka (DAP & PKR) bila nak membeli?
Bung bang bung bang dalam media sosial pasal dana politik ini bukan main, tapi bila cabaran dah dilontar, takut pulak nak menyambut, apa ada yang tidak kena ke?
Apakah ada perkara yang cuba nak diselindungkan?    Ada sumbangan dari yahudi ke atau apa, rakyat mesti nak tahu.  Dah PKR dan DAP juga yang lantang cakap pasal ketelusan apa segala.  Perdana Menteri dan UMNO nak telus ni, mereka bila lagi?
Penyokong PKR dan DAP dari buang masa berdemo desak Najib turun (tak dapat sambutan pun), lebih baik desak parti masing-masing dedah sumber dana politik ni.
Sebetulnya kalau PKR dan DAP tak dedah pun, kerajaan boleh tahu lalau mahu.  Tinggal lagi sebab terikat kepada peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu, maka maklumat ini tidak dapat didedahkan kepada umum atau akan ada kesan negatif kepada negara dari beberapa segi.
Tapi kalau ada persetujuan bersama, ada persefahaman dari semua pihak terlibat dalam hal dana politik ini, tidak ada masalah.  Sebelah kaki dah ke arah itu, cuma tunggu PKR dan DAP saja sekarang ni.
Ada berani ke?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.