`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 4, 2015

Dari Ranjau Sepanjang Jalan kepada Dusta Sepanjang Jalan. Sahnon Ahmad kepada Najib Razak



Dari Ranjau sepanjang Jalan kepada Dusta Sepanjang Jalan.

Semasa saya dalam tingkatan 6 dahulu, kita membaca buku Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Mungkin penuntut tingkatan 6 hari ini membaca buku karya Najib Razak- Dusta Sepanjang Jalan.

Dalam karya Shahnon, yang menderita sepanjang masa ialah Lahuma dan Jeha serta 7 orang anak. Lahuma mati, Jeha jadi gila, tujuh anak terpaksa menggalas pejuangan menentang elemen alam dan social.


Semenjak jadi PM dalam tahun 2009, rakyat Malaysia hanya kenal dusta sepanjang Jalan karya Najib Razak. Dalam karya Najib Dusta Sepanjang Jalan, yang menderita ialah seluruh bangsa Malaysia. Yang menderita ialah 28 juta rakyat Malaysia kerana keadilan dan amanah sudah dimatikan oleh Najib. Najib belum mati politiknya sedang kawan2 keliling nya gila kuasa.

Kerana itulah yang sebenarnya berlaku hari ini- sebaik sahaja celik mata, Najib dan klik nya memikir bagaimana mahu auta rakyat.

Kemasukan derma asing tidak perlu kelulusan BNM?

Najib ini talibarut siapa? Ejen siapa? Ejen penderma RM2.6 biliun?

Wang USD 681 ialah sumbangan. Kerana ianya sumbangan, tidak perlu lapur kepada BNM. Wang yang disimpan dalam akaun Brazen Sky Ltd dalam BSI Singapura tidak boleh memasuki Malaysia kerana mesti beritau BNM.

Kenapa kemasukan USD681 tidak perlu mendapat kelulusan BNM? Mungkinkah kerana ianya masuk kedalam akaun peribadi Najib Razak?

Jika demikian, kita ada suatu set undang2 yang apply keatas kita rakyat jelata, hamba sahaya yang setia dan satu set undang2 untuk Najib, tuan keatas kita.

SRC derma juga kepada najib?

Bagaimana pula penjenisan penyaluran wang dari SRC melalui Gandingan mentari dan Ihsan Perdana kedalam akaun Najib? Adakah itu pun derma dari SRC sebuah syarikat milik kerajaan dan wang yang ada dalam SRC adalah wang pembayar cukai?

Jika derma apa guna drama mengujudkan pasukan penyiasat khas yang dianggotai 4 Tan Sri? jika derma mengapa pecat peguam negara? kenapa Muhyidin di pecat dari jawatan. jika derma, mengapa tangkap pegawai2? jika derma megapa Nik Faisal dan Dato Subuh melarikan diri? Jika derma, mengapa tidak Najib sebut awal2? 

Dan jika ianya derma, mengapa baru sekarang SPRM mahu declare? SPRM pun kena tekan atau mungkin diupah untuk tukar cerita? 

Jangan lupa rajah diatas.

Semua bangsa Malaysia mesti hafal dan ingat rajah diatas. Ketahuilah- semua wang yang disalurkan kedalam akaun Najib Razak itu ialah subangan dan sedekah. Sumbangan dan sedekah bukan rasuah atau suapan, atau bakshish, atau tumbuk rusuk atau duit kopi atau duit bawah meja. Ianya halal lagi suci apatah lagi ianya derma dari tanah arab kepada Najib Tun Razak. Ianya rasuah hanya bila Najib menyetujui ianya rasuah.
Antara bodoh dan di perbodohkan.
Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Kalau kita bodoh, keadaan demikian mungkin akibat kita malas atau kita semula jadi bengap. Kita bengap mungkin sebab pemakanan kita, genetic kita atau kita suka makan lempeng kelapa atau nyior setiap hari.

Sebaliknya, kalau kita diperbodohkan, ertinya, yang cerdik pun termasuk dalam golongan bodoh.

Jika semua Melayu terima penceritaan yang sangat terkemudian oleh Najib dan juak nya, maka malang sungguh bangsa Melayu- semua mereka termasuk dalam golongan diperbodohkan. Termasuk raja2 Melayu. Semua diperbodohkan oleh Najib dan kunco dan klik nya.

Jika derma, megapa tidak istihar dari mula?

Semua orang segera sedar inilah pembohongan dan dusta dari kumpulan Najib yang paling durjana. Jika ia derma dan sumbangan, cerita ini mestilah timbul sebaik sahaja WSJ atau SR atau sesiapa sahaja mendedahkan isiu tersebut. Kenapa pengklasian wang tersebut sebegai sumbangan  hanya dibuat setelah berbulan isiu itu didedahkan? Tidakkah ini menimbulkan syak bahawa geng Najib mengambil masa berbulan untuk memunculkan cerita sumbangan dari dermawan? Najib dikelilingi oleh orang yang terencat akal kah?

Bangsa Malaysia species bodoh.

Tak mengapalah jika Najib dan kunco2 nya menyangka orang Melayu ini bodoh belaka. Bangsa Malaysia? Mungkin kepada Najib yang boleh diperbodohkan ialah 3.2 juta ahli UMNO. Najib lupa , jika 3.2 juta ahli UMNO menyokongnya, 3.2 juta juga menyokong Muhyidin.

Mungkin ini lah golongan yang dimaksudkan oleh Najib yang akan terima bulat2 bahawa RM2.6 biliun itu sebetulnya sumbangan dari Pak Arab yang amat murah hati. Orang Abu Dhabi baik hati. Mereka menderma RM2.6 biliun. Apatah lagi jika sumbangan tersebut diawali dengan bismillah dan selawat serta salam, diakhiri pula dengan doa.

Bangga lah bangsa Malaysia. Bangsa Pahang khususnya. Dari Pelangai ke Pantai Chendor. Dari Ulu Tembeling ke Kampung Merchong. Kerana mengikut Najib, orang Pahang anggap dia sebagai saudara. Agaknya Najib minum daun ketum berlebihan malam tadi sebelum masuk kamar.Hanya orang Pahang yang tidak ada perasaan malu dan rendah maruah sahaja mahu mengaku bersaudara dengan Najib.

Ada dermawan yang tertarik kepada ketokohan Najib, kebangsawanan nya dan bibir merah nya. Suatu masa dahulu saya ingat hanya wanita UMNO sahaja yang di ransang oleh kemerahan bibir Najib. Rupa2 nya ada pak arab yang turut teransang. Mungkin juga mereka tertarik dengan kegedikan Rosmah Mansor sehingga ada yang tergerak untuk sumbang RM2.6 biliun.

Kita tahu penderma ialah Abu Dhabi Commercial Bank. Tapi mengapa wang itu disalurkan melalui Tanore Finance dan Falcon bank? Adakah wang ini sebetulnya duit haram yang mesti dibersihkan terlebih dahulu melalui pemerosesan rangkaian bank? Dan derma itu masuk kedalam akaun peribadi mengapa? Kenapa tidak masuk dalam akaun UMNO?

Pembodohan Melayu pun ada sempadan nya.

Melayu yang enggan diperbodohkan mesti dapat jawapan, jika derma itu datang dari luar, mengapa tidak perlu mendapat kelulusan dari BNM? Inikah punca nya Zeti Akhatar Aziz mendapat tekanan yakni supaya backdatebahawa penyaluran tersebut dilapurkan kepada BNM dan BNM memberi kelulusan?

Dan kita ada dengar, Zeti enggan berbuat demikian kerana jika melakukan demikian, bererti dia bersubahat dengan Najib membalun duit derma.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.