`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 20, 2015

DEIG & Dana RM 7.6 Billion: Kenapa PKR Membisu, Ada “Saham”kah?

deig_khalid
AZMIN Ali mungkin tidak mahu menjadi dirinya beberapa hari ini bila dia menjadi sasaran serangan dan ulasan (yang mengundang serangan) dari  sekutu dan anggota pentadbirannya sendiri berhubung pelbagai isu di Selangor seperti yang melibatkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan ‘kehilangan’ dana penstrukturan air sebanyak RM 7.6 billion.
Itu dalam dewan, yang di luar dewan, Exconya pulak dari PAS buat kenyataan kurang bijak iaitu bila mengaku kerajaan persekutuan membantu ‘top-up’ air di Selangor melalui Negeri Sembilan – tak tahulah orang Negeri Sembilan redha atau tidak dengan bantuan ini.  Apa pun, ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan punca air di negeri itu cukup, bila bantuan luar diminta, situ saja dah terbukti gagal.
Amalan politik pembangkang yang biasa ialah kalau gagal pun jangan mengaku gagal, datang orang PAS, pergi mengaku pulak.  Tercemar imej dah. Tengok macam DAP di Pulau Pinang.  ia adalah kelulusan dari kerajaan negeri untuk menutup jalan, tapi bila jem teruk, selamba kera Ketua Menterinya salahkan JKR/kontraktor dan tunjuk dia macam hero, mengakunya tak sekali.
Dalam isu DEIG ini, UMNO dan ADUN Bebas dari Pelabuhan Klang juga bersuara – itu tak kisahlah kerana mereka memang tidak bersama kerajaan negeri.  Yang DAP ni, apa penyakitnya pulak?  ADUN PKR seorang pun tak bercakap, mungkinkah sebab mereka ada saham dalam itu sedangkan DAP dan PAS tidak ada.
Syarikat RM 2 urus pelaburan RM 30 billion, itu masuk akalkah?  Apa yang cuba diselindungkan, adakah ini cubaan untuk mendapatkan dana politik tanpa melalui pengetahuan DUN?  Persoalan-persoalan inilah agaknya yang menjadi punca DAP melompat sebab PKR diketahui banyak buat benda tak maklum DAP.
Contohnya bila PAS semalam mengaku PKR dan parti itu pernah berpakat untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai PM sementara, beberapa bulan, sebelum Anwar mengambil alih jawatan.  Mana DAP dalam perbincangan ini?  Yillekk…..
Semua ini bagaimanapun adalah rakyat untuk menilai cara mana puak-puak ini berpolitik.  Selalu cakap UMNO saja kan, sekarang terbukti UMNO tidak guna sumber dalaman untuk raih dana politik, berbeza halnya dengan parti-parti pembangkang.  Dana yang dah di’reserve’ untuk penstrukturan semula air pun, tiba-tiba boleh berkurang dengan banyaknya.
Insaflah, ini semua politik, apa pun boleh berlaku.  Nak cari salah Datuk Seri Najib saja, yang dia tu lagi teruk lagi.  Satu negeri saja pun, itu  pun terbarai banyak dah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.