`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 3, 2015

Kesetiakawanan dan defisit keyakinan: Dua cabaran BN


Dua laporan Utusan Malaysia mengetengahkan dua cabaran utama BN

Najib yakin Ahmad Zahid mampu galas tanggungjawab dalam semangat setiakawan

03 Ogos 2015 12:09 PM

PUTRAJAYA 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kewibawaan Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat membantu beliau dan anggota Kabinet yang lain dalam menggalas tanggungjawab bagi memenuhi kehendak rakyat dalam ikatan dan semangat setiakawan.

“Saya percaya di atas kewibawaan beliau dapat membantu saya dan anggota-anggota Kabinet yang lain dalam satu jaringan dan ikatan yang kukuh dan semangat setiakawan yang jitu untuk menggalas tanggungjawab dan amanah berat iaitu memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengalu-alukan kehadiran pertama Ahmad Zahid pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. - BERNAMA

--------------------

PM mahu penjawat awam atasi situasi ‘defisit keyakinan’

03 Ogos 2015 8:51 AM

PUTRAJAYA 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penjawat awam memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan dan mengatasi situasi yang digambarkan sebagai ‘defisit keyakinan’ oleh sesetengah pihak.

Najib pada masa yang sama mahu semua pihak memandang ke hadapan dan tidak sesekali hilang fokus.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. - UTUSAN ONLINE

---------------------

Walau bagaimana perkumpulan dan acara UMNO dan BN boleh dianjurkan, keutamaan BN sekarang adalah untuk membangkitkan kesetiakwanan sesama sendiri dengan meningkatkan solidariti dan mengurangkan pergeseran.

Yang lebih penting adalah diluar parti di mana kepimpinan perlu mengurangkan defisit keyakinan terhadap kerajaan dan kepimpinan. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.