`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 21, 2015

Mukhriz Naik Gaji Adun Dan Exco Walaupun Kedah Miskin..



Senyum hingga ke telinga laa kata orang tua-tua apabila gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah termasuk Menteri BEsar dan Exco akan menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Kenaikan gaji itu diluluskan dan diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bersidang meluluskan Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.

Gaji Adun Kedah sebelum berjumlah RM4,112 sebulan dinaikkan hampir 3 kali ganda gaji sebelum ini kepada RM11,00 sebulan.

Bagi speaker dan 10 anggota exco pula akan dinaikkan hampir 2 kali ganda daripada RM6,109 kepada RM14,00 sebulan, manakala haji timbalan speaker pula dinaikkan ke RM7,000 berbanding sebelum ini RM3,993.

Gaji baharu menteri besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.

Kenaikan ini menimbulkan banyak persoalan apabila sebelum ini Mukhriz mengatakan negeri Kedah sebagai negeri termiskin di Malaysia dan memerlukan sumber pertolongan dari kerajaan Pusat.

Namun hari ini, gaji barisan kepimpinan kerajaan negeri Kedah itu dinaikkan sehingga 3 kali ganda dan ia merupakan satu kenaikan tangga gaji yang begitu tinggi.

Bagaimanapun Mukriz berkata, kenaikan gaji yang diterima oleh Adun Kedah masih paling rendah berbanding negeri lain.

"Peratus kenaikan yang bakal diterima oleh Adun Kedah adalah paling kurang berbanding negeri-negeri lain," kata Mukhriz.

Persoalan yang meragukan adakah benar gaji Adun serta exco di negeri Kedah adalah paling rendah berbanding negeri lain??

- utaranews.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.