`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 24, 2015

Mustafa Ali Agen UMNO Dalam PAS?

Image result for Mustafa Ali Agen UMNO Dalam PAS?

Tulisan Zin Mahmud yang terbaru berkenaan lawatan beliau kepada sahabat beliau yang sedang sakit, Ahmad Lutfi Othman.

Mengikut Ahmad Lutfi kecenderongan Haji Hadi Awang kepada UMNO sudah bermula sejak tahun 1998 lagi.

Kalau sejak 1998 lagi Hadi sudah cenderung kepada UMNO bermaksud ada dalang dalam PAS yang menjadi alat UMNO yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kpada Presiden PAS supaya bertindak ke arah menyelamatkan PAS.

Tugas beliau memastikan PAS lemah dan sentiasa terkebelakang dari UMNO. Memastikan UMNO sentiasa akan menang dan gemilang.

Tahun 1998 adalah tahun di mana UMNO berada dlm keadaan yang amat lemah. Orang2 Melayu telah bersedia utk berubah dan membuang UMNO. Mana mungkin di saat itu, tiba2 Hadi Awang boleh menjadi cenderung semula kepada UMNO?

Sesiapa yang lama dalam PAS akan tahu bahawa penasihat politik paling rapat dengan Hadi Awang adalah Mustafa Ali.

Dlm kes ini, saya mengesyaki bahawa Mustafa Ali adalah agen UMNO di dalam PAS.

Mustafa Ali pernah menjadi Timbalan Menteri dan antara penyokong kuat kerjasama PAS-UMNO dlm tahun 1972. Ini bererti beliau ada hubungan terus dgn aparat2 kerajaan Malaysia.

Beliau juga terkenal berideologi nasionalisma Melayu berbanding Islam. Banyak ucapan2 beliau menampakkan beliau lebih nasionalis berbanding Islam.

Diberitahu oleh kawan2 di Terengganu bahawa majoritas kaum keluarga beliau adalah penyokong dan pendokong UMNO di Terengganu hatta selepas Anwar di pecat.

MAlahan ada pengkaji2 sejarah PAS juga menyatakan beliau adalah agen UMNO.

TIdak kah saudara/ri hairan mengapa Mustafa Ali boleh terus kekal memegang jawatan penting dalam PAS walaupun beliau terpalit skandal video seks yang mana video tersebut jelas, terang, warna warni. lengkap berbunyi dan bersuara.

Hasil siasatan dalaman PAS pun tidak memberikan apa2 sedangkan sudah lebih dua tahun.

Sepatutnya seseorang yang dibawah siasatan utk kes seperti ini dlm sebuah parti Islam harus digantung jawatan sehingga selesai siasatan.
Tetapi tidak dgn Mustafa Ali.
.
Beliau mendapat perlindungan istimewa dari Presiden.

Di saat beliau terpalit itu beliau adalah sangat berpengaruh dalam menentukan siapa yang jadi calon dlm PRU 2013.

Misalnya utk DUN Paya Jaras, nama asal yg sepatutnya menjadi calon adalah orang lain. Tetapi ditukar oleh beliau kepada Khairuddin Othman di saat akhir.

Fikirlah saudara bagaimana seorang sebegini boleh menjadi begitu kebal dalam PAS?????


TULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.