Datuk Abdul Rahman Dahlan mengatakan Datuk Seri Najib Razak masih belum menjelaskan status RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden Umno itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, menjadi hak perdana menteri sama ada untuk menjelaskan status wang yang diterima daripada bekas anak syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau sebaliknya.
"Tak. Beliau tidak (memaklumkan)," katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Ditanya sama ada RM42 juta adalah juga merupakan derma, Rahman berkata: "Saya tak tahu. Terpulang kepadanya."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.