`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 26, 2015

Peghhh : Terkejut Myvi dipandu melawan arus

Sedutan video yang dirakam Raymond Loh.

SEBUAH video yang dirakam oleh seorang pengguna lebuh raya mengejutkan pelayar laman sosial hari ini selepas menyaksikan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu melawan arus.

"Lebuhraya Utara-Selatan... peristiwa menakutkan terjadi," kata pengguna lebuh raya yang memuatnaik video tersebut ke laman Facebook, Raymond Loh.

Difahamkan, kejadian yang berlaku semalam menunjukkan pengguna berkenaan memandu di laluan kanan sebelum terpaksa mengelak sebuah Myvi yang datang dari arah depan.

Beberapa pengguna lebuh raya yang lain juga pantas mengelak Myvi berwarna kelabu tersebut.

Raymond yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semasa kejadian bagaimanapun tidak ditimpa sebarang masalah.

"Nasib baik tidak terjadi apa-apa," tulisnya.

Video tersebut kini sudah ditonton lebih 130,000 pelayar laman sosial

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.