`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 19, 2015

Seorang 'Hero' Gagalkan Cubaan Culik Kanak-Kanak 11 Tahun

LOKASI kanak-kanak dipercayai nyaris diculik tiga lelaki di Jalan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, semalam. 


Sungai Petani: Seorang lelaki beraksi bagaikan hero ketika menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang bergelut dengan tiga lelaki dalam cubaan culik di Jalan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 7 pagi ketika kanak-kanak terbabit yang juga anak tunggal dikatakan ke padang berhampiran rumahnya untuk mengutip batu bagi aktiviti di sekolah sebelum dihampiri lelaki berusia 20-an yang datang menaiki van.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Aini, 30, berkata, anaknya memaklumkan ketika leka mengutip batu, tiba-tiba lelaki datang menghampiri lalu menarik lengannya dengan kuat.

“Ketika itu, berlaku pergelutan antara anak saya dengan lelaki terbabit sebelum muncul lelaki berusia 30-an menaiki motosikal datang membantunya.

“Anak saya memberitahu lelaki yang membantunya turut dihalang dua lelaki berusia 20-an yang berada di dalam van berwarna putih dengan menggunakan parang dan ketika itu, anak saya mengambil kesempatan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, di sini.

- hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.