`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 25, 2015

Walaupun tidak popular, transformasi ekonomi akan selamatkan Malaysia, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hasil daripada program transformasi ekonomi seperti rasionalisasi subsidi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menampung perbelanjaan ketika kejatuhan nilai ringgit dan juga penurunan harga komoditi seperti petroleum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 25 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hasil daripada program transformasi ekonomi seperti rasionalisasi subsidi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menampung perbelanjaan ketika kejatuhan nilai ringgit dan juga penurunan harga komoditi seperti petroleum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 25 Ogos, 2015.
Meskipun program transformasi ekonomi dilaksanakan Putrajaya dianggap tindakan yang tidak popular, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, lambat laun rakyat Malaysia akan sedar ianya mampu menyelamatkan negara ini daripada krisis ekonomi hari ini. 
Berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan 2014 di Putrajaya hari ini, Najib berkata, hasil daripada program transformasi ekonomi seperti rasionalisasi subsidi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menampung perbelanjaan ketika kejatuhan nilai ringgit dan juga penurunan harga komoditi seperti petroleum. 
"Kita di Malaysia, hari ini, keadaan kita lebih kukuh daripada Krisis Kewangan Asia. Kita sudah belajar daripada krisis kewangan Asia. 
Beliau berkata, sekiranya program transformasi ekonomi tidak dilaksanakan kerajaan lebih awal, situasi lebih teruk mungkin akan melanda negara. 
"Walaupun tidak popular, tapi lambat laun rakyat akan sedar reform itulah ruang yang ada, kerana kita mulakan reform lebih awal. 
"Cuba bayangkan defisit kita 6.7%, sudah tentu ruang kita akan terhad, bayangkan kalau kita tidak kurangkan subsidi minyak umpamanya, kita kena kurangkan RM20 bilion setahun untuk tampung subsidi pukal, sudah tentu ini akan tambah beban. 
"Kalau kita tidak mulakan GST umpamanya, walaupun tidak popular, harga minyak merudum, sekurang-kurangnya ditampung dengan hasil GST," kata Najib, yang juga menteri kewangan. 
Beliau turut mengulangi komitmennya sebelum ini, hasil daripada kutipan GST yang dikenakan sebanyak 6% bermula 1 April lalu itu akan dipulangkan kepada rakyat. 
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rakyat juga seharusnya sedar, terdapat beberapa faktor yang berada di luar kawalan kerajaan. 
"Pada masa ini kita mesti sedar, ada faktor kita boleh kawal ada faktor yang kita tidak boleh kawal, kita kena beri tumpuan faktor apa yang kita boleh kawal," katanya. 
"Percayalah kerajaan akan bertindak sedaya upaya dan Insya Allah fenomena ini akan dapat kita bendung tidak berapa lama lagi."
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.