`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 23, 2015

Sunday Lite : Pesta Baca Yassin 58 Jam Di MRSM Tak Cukup Time Lah !!


MRSM Bakal Lakar Sejarah Baca Yasin 58 Jam Tanpa Henti
 


Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 4:50 PM
  • pelajar MRSM Serting menyertai program bacaan Yasin 58 jam berterusan
  • bakal melakar sejarah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records 
  • ..sempena 58 tahun kemerdekaan negara tahun ini
  • 366 pelajar terlibat 12.01 pagi Rabu, berakhir Jumaat 10.01 pagi
  • dilakukan secara bergilir-gilir 
  • kira-kira 12 minit bagi setiap pelajar
  • berlangsung secara berterusan sehingga Jumaat
  • Bacaan Yasin ..bagi mendekatkan pelajar dgn semangat nasionalisme 
  • pihak polis Jempol menjadi pemerhati kepada program sepanjang  berlangsung
  • bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains (Bangladesh(he he he bergurau saja. Jangan marah ok).
My comments : Pertama sekali, Polis Jempol tak ada kerja lain ke? Membuang masa jadi pemerhati pesta baca Yasin pula? 

Kalaulah di kawasan Jempul tak ada jenayah atau masalah tempatan, lebih baik tukar saja OCPD dan anggota Polis Jempol ke kawasan lain yang lebih perlukan kehadiran Polis.  

Nombor dua, saya rasa baca Yasin 58 jam secara berterusan (non stop) tak akan capai apa-apa pun bagi 316 bebudak MRSM itu.  

Kalau betul hendak mendekatkan pelajar dengan semangat nasionalisme, lebih baik langsungkan pesta baca Yasin selama 580 jam tanpa henti. Barulah ada oomph sikit. 

Baca Yasin 58 jam ini kerja budak-budak saja. Mungkin jadi zombie boleh lah kut tapi tak ada apa-apa kesan lain yang positif.

Kalau kita berhujah tanpa menggunakan akal dan lojik (sebab ini topic berkenaan agama)  saya rasa lebih baik bebudak MRSM itu baca Yasin selama 580 jam.  

58 jam ini saya rasa bebudak kampong di Bangladesh pun boleh buat, tak payah bergilir atau berhenti minum kopi.

Kalau tak percaya sila perhatikan video berikut dari Blitar, di Jawa Timur. Depa boleh sembahyang terawih pada kelajuan 150 km/j atau lebih.


Ikut laporan media Indonesia, mereka telah solat laju macam ini selama 160 tahun.  

Bebudak MRSM baru baca Yasin selama 58 jam.  

Apa kaitannya? Mana saya tahu.   Kalau kenyataan seperti ini tidak masuk akal, its ok. Ini kan topik 'tidak perlu menggunakan lojik dan akal'?

Bagi sesiapa yang tak setuju, cuba jelaskan kenapa bebudak MRSM itu tak boleh baca Yasin selama 68 jam? Atau 120 jam? Atau 580 jam? (Huh? Manchester lawan Liverpool malam Sabtu? Pula !!) 

Bagaimanapun saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan Surah Yasin. 

Surah Yasin adalah Surah No. 36 dalam Kitab Al Quran.  Surah Yasin mempunyai 83 ayat. 

Saya ingin menarik perhatian Tuan2 kepada beberapa ayat berikut dari Surah Yasin. 

Surah Yasin ayat 60 - 64 

[60]  "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
 

[61]  "Dan hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
 

[62]  "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
 

[63]  "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya.
 

[64]  "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"

36:60
Did I not enjoin upon you, O children of Adam, that you not serve Satan - [for] indeed, he is to you a clear enemy -

36:61
And that you serve [only] Me? This is a straight path.

36:62
And he had already led astray from among you much of creation, so did you not use reason?

36:63
This is the hell which you were promised.

36:64
[Enter to] burn therein today for what you used to deny."



Ayat-ayat Surah Yasin di atas adalah tersangat keras memberi amaran kuat kepada sesiapa yang tersesat mengabdikan diri mengikut syaitan.   

Cuba bayangkan kita membaca ayat-ayat yang sebegini keras ke atas mayat dan jenazah orang yang tersayang, di pusara orang yang sudah pergi, di majlis tahlil dan talkin dan sebagainya.  

Sekarang bebudak MRSM pula membaca ayat-ayat ini tanpa henti selama 58 jam untuk menghidupkan semangat nasionalisma dan patriotisma.

Membuat perkara yang mereka tidak faham apa maksudnya. 

1 comment:

  1. Hey , i dont want to talk much but here's a thing . I think you really misunderstood on what we, warga Mrsm Serting tried to do . Just so you know , kami warga mrsm serting buat program ni bukan sesaja nak mencari publisiti murahan like wht you're trying to do right now . This yasin programme is not just for holding the malaysia records tapi untuk bagi student exposed dengan pengalaman baru at the same time dapat beri kesedaran dan juga pahala sekali . Dan kalau ye pun tak puas hati sangat jgnlah sampai polis pun nak dipertikaikan why beliau jadi pengesah untuk programme ni, rasanya beliau pun ada kerja lain dan takda ah begitu naif nak tunggu 58 jam mendengar kami baca yasin haa 3 kamera dah ada untuk record jadi silalah fikir "logik" ye . Dan tujuan kami warga Mrsm Serting buat bacaan yasin non stop 58 jam ialah sempena ulang tahun Kemerdekaan negara kita yang ke-58 ye , bukan nak cakap pe tapi kalau solat 5 waktu sehari pun belum tentu anda boleh laksanakan full jadi tak payah nak cakap besar nak suruh kami baca yasin 580 jam , konon budak kampung pun boleh buat ye haha better suruh budak kampung tu gi kelas mengaji betulkan tajwid ke apa ke ha . Dan saya rasa benda ni memang takda kaitan langsung dengan kes indonesia berjaya memegang record solat terawih selaju 150km/h , setahu saya kita solat nak menghadap Allah , ada tomakninah serta tata tertib apabila bersolat , ni nak pi solat lelaju mengalahkan bullet train buat apa ? Nak kejar apa solat lelaju ni haha solat hadap allah ye bukan menghadap setan jadi saya rasa potongan2 ayat yasin yg berbunyi "sesungguhnya syaitan telah menyesatkan ramai antara kamu , maka tidakkah sepatutnya kamu Berfikir dan Insaf?" amat lah sesuai dengan perkaitan yg anda buat ni dan tujuan kami baca yasin bukanlah untuk sembah setan macam org2 indon tu buat tapi sebagai sumbangan kecil untuk negara since kami masih student dan tak mampu nak berbakti untuk negara jadi biarlah sekadar doa yang kami sumbangkan untuk negara , berbanding dengan mereka yang tak menyumbang tapi suka cakap besar as if dia mampu nak baca yasin 580 jam haha jadi saya mohon maaf jika terkasar bahasa tapi just to let you know yang semua warga serting are watching , so saya rasa you should really think before posting something :) Salam kasih dari Mrsm Serting

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.