`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 7, 2015

'Apa pilihan PM: Taat atau derhaka titah raja?'



Titah raja-raja Melayu yang mahu siasatan berkaitan 1MDB dipercepat dan tindakan diambil menunjukkan baginda sekalian berasa tidak boleh berdiam diri lagi.

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin berkata bukan amalan Raja-Raja Melayu bertitah mengenai pentadbiran negara.

“Tetapi apabila ia mengeluarkan titah mengenai penyiasatan 1MDB, pastilah ia sangat mendesak dan diperlukan.

“Dalam erti kata lain, raja-raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi,” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.

Menulis di blognya, Kadir membangkitkan persoalan sama ada kerajaan, bermula dengan perdana menteri atau patuh pada titah itu.

“Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, akan mentaati perintah raja-raja Melayu itu atau menderhakainya,” katanya.

Sambil menyindir Najib sebagai “pahlawan Bugis”, Kadir berkata Najib pasti arif berkaitan kedaulatan raja-raja memandangkan beliau salah seorang Orang Besar Berempat Pahang.

Beliau juga membangkitkan sama ada agensi penguatkuasaan dan pendakwaan negara akan “taat kepada raja-raja Melayu atau setia dan takut kepada Mohd Najib.”

-mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.