`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 10, 2015

[BERGAMBAR] Ribuan Hadiri Program Jelajah Pakatan Harapan Di Kulai

Pakatan Harapan gegar Johor dengan ‘Optimus Prime’ malam ini

Optimus Prime, watak robot dalam filem terkenal Transformer menjadi nama pilihan treler panjang milik Pakatan Harapan yang dijangka tiba di Johor, malam ini.

Menjadikan Kulai dan Skudai sebagai lokasi pertama, ia merupakan langkah awal promosi Pakatan Harapan selepas dilancarkan baru-baru ini, hasil gabungan 3 parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). 



Amanah mengambil tempat PAS selepas parti Islam itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan kerana dikatakan disertai musuh dan pengkhianatnya iaitu DAP dan parti serpihan itu.

Di Kulai pada malam ini, 3 pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir memberikan ucapan.

Selepas itu, bersama-sama Optimus Prime, mereka akan melakukan program jelajah ke seluruh negara.

"Asalnya program ini adalah anjuran Amanah Kulai sahaja tetapi selepas itu ia diambil alih Amanah Johor dan sekarang oleh Pakatan Harapan," kata ketua Amanah Kulai yang menjadi pelaksana program malam ini, Hisham Md Zin kepada The Malaysian Insider.

Johor dipilih sebagai tapak pelancaran Pakatan Harapan kerana menganggap ia sebagai lokasi paling subur untuk ia bertapak selepas berkuburnya Pakatan Rakyat.

"Berdasarkan demografi penduduk Johor, saya rasa Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk menang di 70% kerusi di seluruh Johor," kata Hisham.

Sebelum muktamar PAS lalu, Hisam adalah yang dipertua PAS Kulai.

Namun menjelang mesyuarat agung PAS Kulai awal tahun ini, Hisham mengambil keputusan tidak bertanding bagi mempertahankan jawatannya kerana berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan parti.

Kini kata Hisham, 17 daripada 26 kawasan PAS di Johor menyertai Amanah, meninggalkan 9 kawasan sahaja kekal dengan parti Islam itu.

Pengkaji politik Ilham Centre baru-baru ini memaklumkan PAS Johor sudah lumpuh ekoran sebahagian besar pemimpin dan ahli, terutama penggeraknya menyertai Amanah.

Ceramah malam ini akan menjadi indikator apakah PAS benar-benar lumpuh di Johor dan membuka lembaran baharu kepada Pakatan Harapan untuk bertapak di negeri tertubuhnya Umno itu. –TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.